Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bella Akui Kesilapan Mahu...

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan...

SPRM Tahan Lelaki Bangladesh...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang lelaki warga...

Kutipan Zakat Di Melaka...

MELAKA - Kutipan zakat di Melaka yang dilakukan Pusat Zakat Melaka (PZM) meningkat...

Mat UMNO Beri Laluan...

SEORANG penyokong UMNO, Rahmat Azim Abdul Azizi yang dikenali Mat UMNO sedia berundur bertanding jawatan...

Krismas Dirai Meriah, Perkukuh Silaturahim

KUALA LUMPUR — Sambutan Hari Krismas diraikan meriah hari ini dengan tradisi kunjung-mengunjung diteruskan bagi mengukuhkan silaturahim masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Seperti kebiasaan, gereja-gereja di seluruh ibu negara menjadi tumpuan penganut agama Kristian termasuk warganegara asing sejak awal pagi bagi mengikuti acara keagamaan sebelum mengunjungi saudara-mara serta sahabat handai untuk mengeratkan hubungan sempena sambutan Hari Natal tahun ini.

Tinjauan Bernama di sini mendapati gereja utama St. John’s Cathedral di Bukit Nanas dan Gereja Katolik St. Joseph di Sentul adalah antara yang menjadi tumpuan penganut agama Kristian.

Ketua Pengiring St. John, Mark Ira, berkata kira-kira 2,000 penganut agama Kristian mula memenuhi ruang gereja seawal 7 pagi sebelum acara keagamaan dimulakan pada 7.30 pagi bagi memuliakan sambutan perayaan tahunan penganut agama itu.

“Kami berhimpun bersama-sama. Selesai upacara keagamaan, masing-masing meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar,” katanya.

Seorang pelancong warganegara Jerman, Jonathan Edward, 35, mengakui merasai kemeriahan sambutan Krismas di negara ini walaupun tanpa salji seperti di negara asalnya.

“Bagi saya, Malaysia adalah sebuah negara yang bebas beragama,” katanya yang berada di Malaysia sejak awal bulan ini.

Cavina Lim, 26, pula berkata sambutan Krismas sangat istimewa di negara ini kerana ia diraikan tanpa mengira kaum dan kedudukan.

“Saya berasal dari Petaling Jaya, setiap tahun rumah keluarga saya menjadi tempat pertemuan beberapa saudara mara yang kebanyakannya tinggal di luar negara, untuk meraikan Krismas bersama,” katanya yang ditemui di pusat beli-belah di ibu negara.


Di MELAKA, Krismas disambut meriah di Ujong Pasir dan Bandar Hilir, selain beberapa kompleks beli-belah dihiasi lampu berwarna-warni dan dekorasi bertemakan sambutan perayaan itu.

Gereja St. Peter’s, Gereja St. Francis Xavier dan Gereja Christ antara yang menjadi tumpuan penganut agama Kristian termasuk warga asing yang bekerja di sini untuk meraikan Krismas bersama rakan taulan.

Selain itu, upacara keagamaan diadakan bermula petang semalam hingga pagi tadi turut dihadiri pelancong dari dalam dan luar negara.

Di SELANGOR, kira-kira 2,000 penganut Kristian berkumpul di Gereja Our Lady of Lourdes (OLL) di Klang untuk acara keagamaan.

Pengerusi paderi OLL Damian Prakash berkata sambutan Krismas tahun ini menjadi lebih bermakna kerana gereja itu akan meraikan ulang tahunnya yang ke-90 pada tahun depan.

Di SARAWAK, antara gereja yang menjadi tumpuan ramai ialah St Joseph’s Cathedral dan St Thomas’ Cathedral di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini selain penganjuran rumah terbuka yang menjadi tradisi pada setiap sambutan perayaan di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang turut meluangkan masa melakukan kunjungan sempena rumah terbuka di kediaman Biskop Kuching dan Brunei, Reverend Donald Jute, di Jalan McDougall, di sini. — BERNAMA

Kategori