Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Amaran Cuaca Buruk Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat...

“Rindu Nak Sarung Semula...

DUNGUN - "Saya rindu sangat nak kembali menyarung uniform, rindu nak bekerja berkhidmat...

AirAsia Akan Sedia Penerbangan...

KUALA NERUS - Penyokong Harimau Malaya berpeluang ke Hanoi dengan menaiki penerbangan khas...

Cicak Gergasi Jadi Binatang...

Beranikah anda memelihara cicak sebesar saiz anak anjing sebagai binatang peliharaan di rumah?...

Kru Kapal NYK Daninella Jatuh Laut Ditemui Selamat

MELAKA – Seorang kru lelaki kapal NYK Daniella warga India ditemui selamat selepas dipercayai terjatuh ke laut di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritin Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar, berkata kru kapal yang berpengkalan di Singapura itu berjaya diselamatkan pada jam 12.40 tengah hari.

“Kru terbabit ditemui dalam keadaan keletihan oleh anggota Bot Petir 84 itu dibawa ke kapal NYK Daniella dan operasi selesai pada pukul 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihak menerima maklumat awal kejadian tersebut daripada isyarat yang dihantar menerusi sistem komunikasi, Global Martime Distress Safety System (GMDSS) kapal tersebut pada jam 11.27 pagi tadi di posisi 6 batu nautika dari barat daya pantai Port Dickson.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, APMM telah menggerakkan aset Bot Petir 84 ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan dan melaksanakan operasi menyelamatkan kru kapal terbabit,”katanya.


Zulkifili berkata pihaknya memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

“Komuniti maritim adalah dinasihatkan supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di laut memandangkan cuaca pada masa kini yang tidak menentu,” katanya. -BERNAMA

Kategori