Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Penjual Stevia Palsu Boleh...

PUTRAJAYA - Penjual produk stevia palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983...

Harga Semua Jenis Minyak...

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Tegas, Berani Antara Kualiti...

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan...

Tun M Terdesak Persoal...

ALOR SETAR - Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mempersoalkan Program Khas Haji...

KTMB Lanjut Perkhidmatan Komuter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan komuternya sehingga 2 pagi pada Ahad ini sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

KTMB dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan tren tambahan itu akan beroperasi di laluan KL Sentral- Batu Caves-Seremban-Pelabuhan Klang-Rawang- Tanjung Malim-KL Sentral.

Perkhidmatan tren tambahan itu bertujuan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan Ambang Tahun Baharu yang dianjurkan di sekitar ibu kota seperti di Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

Berikutan lanjutan waktu operasi itu, jadual tren terakhir dari KL Sentral ke Batu Caves ialah pada 1.30 pagi, laluan ke Seremban (1.35 pagi), Pelabuhan Klang (1.40 pagi) dan laluan Rawang-Tanjung Malim (1.50 pagi).

Bagaimanapun, tren tambahan dari Stesen Rawang ke Stesen Tanjung Malim tidak akan berhenti di stesen-stesen perantaraan iaitu Stesen Serendah, Batang Kali, Rasa dan Kuala Kubu Bharu.

KTMB menyatakan sebelum ini, jadual tren terakhir menuju ke KL Sentral dari Batu Caves adalah 10.55 malam, dari Seremban (10.06 malam), Pelabuhan Klang (10.00 malam) dan Rawang (10.45 malam).


Tiga stesen KTM Komuter yang melanjutkan waktu operasi sehingga perkhidmatan tambahan terakhir tamat adalah stesen Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan Kad Komuter Link atau ‘Touch n Go’ untuk memastikan kelancaran perjalanan.

Jadual waktu tren tambahan itu terdapat dalam laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau Twitter @ktm_berhad. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

Kategori