Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pakaian Menjolok Mata, Izara...

SEMALAM viral di laman sosial gambar Izara Aishah dan Kila Fairy yang menggayakan...

14 Lokaliti Di 3...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu...

Tiga Maut Kemalangan Di...

PONTIAN: Tiga ORANG terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan...

Penggunaan 2 Vaksin Influenza...

KENYATAAN ini dikeluarkan untuk memberi maklumat terkini susulan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh...

Kurangkan Hubungan Dengan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa digesa mengurangkan hubungan dengan Amerika Syarikat ekoran keputusan Presidennya Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ketua Diaspora Hamas Dr Maher Salah berkata kerajaan yang menentang keputusan itu juga boleh menghentikan pelaburan di negara-negara yang menerima langkah Trump itu.

“Dan terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan rakyat Palestin. Buku mengenai nasib rakyat Palestin juga boleh disediakan di sekolah-sekolah dan universiti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Salah berharap keputusan Trump mengenai Baitulmuqaddis, yang tidak akan diterima oleh rakyat Palestin, akan mempercepat proses perdamaian antara gerakan Hamas dan Fatah di Palestin.


Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha berterusan untuk menyokong rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang rejim Zionis.

Pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Trump telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. – BERNAMA

Kategori