Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penganggur Ditahan Bersama Pil...

HULU TERENGGANU - Seorang penganggur diberkas bersama sejumlah pil kuda bernilai kira-kira RM20,000...

Negara ASEAN Akui Usaha...

LANGKAWI - Negara-negara ASEAN mengakui usaha untuk menangani dadah adalah amat sukar dan...

Mulai Januari 2019, Johor...

PENGHARAMAN penggunaan plastik konvensional dan polisterina akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019...

Kerajaan Johor Mahu Projek...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor mahu projek Sistem Rapid Transit (RTS) disegerakan pelaksanaannya...

Kutip Derma Tanpa Lesen, 2 Beranak Dipenjara 2 Bulan

PETALING JAYA – Dua beranak warga Thailand dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mengutip derma untuk sebuah pusat tahfiz di Shah Alam tanpa lesen sah, bulan lepas.

Hayati Hama, 41, dan anak perempuannya, Asmara Cheduveramae, 19, yang mengaku menjalankan kutipan derma bagi Maahad Tahfiz Al-Fadilah (MATAF) tanpa sebarang lesen yang sah di bangunan Maybank, Taipan, Subang Jaya, di sini, pada pukul 3 petang, 16 November lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 (3) Akta Pungutan Rumah Ke Rumah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (2) akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap iaitu pada 16 Nov lepas dengan Majistret Salamiah Salleh menegur Hayati dan Asmara supaya tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama maahad bagi kepentingan diri sendiri.

Sementara itu, Hayati berhadapan penjara dua bulan atas pertuduhan tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) Akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

​​​​​​​​​​​​​​Terdahulu, Hayati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dikurangkan dengan alasan dia turut mempunyai dua lagi cahaya mata.

“Saya tolong buat kutipan sahaja, duit bagi kepada sekolah. Saya terima komisen RM30 bagi setiap kutipan RM100,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dan mengambil kira kepentingan awam. – BERNAMA

Kategori