Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Masih Tunggu Timbalan...

SEPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih menunggu pengisian...

4 Tahun Tiada Anak,...

MENYAMBUT ulangtahun perkahwinan keempatnya semalam, pelakon dan penyanyi Izzue Islam ada menyatakan dia...

Bekalan Makanan Dijangka Kembali...

TUMPAT - Bekalan makanan di negeri-negeri terjejas teruk akibat banjir dijangka pulih sepenuhnya...

PRN Melaka: UMNO Belum...

KUALA NERANG: UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan.

Lagi Individu Dikesan Sindiket Pelacuran Ditahan

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Malaysia akan menahan beberapa lagi individu yang disyaki terlibat dengan sindiket pelacuran di Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat ini, kata ketua pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata walaupun siasatan masih dijalankan pasukan khas siasatan jabatan itu, namun penglibatan beberapa individu berkenaan dengan sindiket terbabit telah dapat dikesan.

“Kita sedang teliti dan siasat meliputi semua aspek termasuk berkaitan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang serta penggubahan wang haram.

“Apa juga tindakan terhadap kesalahan yang ada, kita akan pastikan ia turut libatkan penguatkuasaan daripada agensi-agensi lain yang berkaitan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan kes berkenaan dan memaklumkan sebarang perkembangan lain akan diberitahu dari semasa ke semasa.


Dalam operasi ke atas sindiket pelacuran di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 November lepas, 17 wanita warga Filipina berumur belasan tahun hingga 30-an, dipercayai mangsa sindiket yang didalangi tiga lelaki tempatan diselamatkan jabatan berkenaan.

Hasil operasi itu juga, wang tunai berjumlah RM14.9 juta ditemukan di beberapa lokasi sekitar bandar raya tersebut selain penahanan seorang wanita berumur 46 tahun pada Selasa lepas yang dipercayai isteri kepada dalang sindiket terbabit, menjadikan jumlah tangkapan empat orang setakat ini. – BERNAMA

Kategori