Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

36 Ahli Bomba Gagal...

BEIJING - Laporan terkini mengatakan pihak berkuasa China terputus hubungan dengan 36 anggota...

Polis Syak Syed Saddiq...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu polis mengesyaki Ahli...

Liwat: Guru Agama Ditahan...

KOTA BHARU - Seorang guru agama berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa...

Kerajaan Tangani Isu LGBT...

KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala Lesbian, Gay,...

Laluan Mudah Skuad Negara Kejohanan Futsal AFC 2018

KUALA LUMPUR – Skuad futsal kebangsaan yang berada pada ranking kelapan di Asia dijangka berdepan laluan mudah melepasi saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Taiwan pada Februari.

Ia susulan undian kejohanan tersebut hari ini menyaksikan Malaysia diundi bersama-sama Vietnam (kelima Asia), pasukan tuan rumah Taiwan (ke-17) dan Bahrain (ke-21) dalam Kumpulan A, demikian menurut http://www.the-afc.com/news/afcsection/afc-futsal-championship-2018-draw-results.

Kumpulan B pula dianggap sebagai kumpulan maut apabila membariskan pasukan kedua terbaik Asia, Jepun bersama-sama Uzbekistan yang berada di ranking ketiga Asia selain Tajikistan dan Korea Selatan.

Juara bertahan yang juga merupakan gergasi Asia, Iran pula diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Iraq, China dan Myanmar, sementara Kumpulan D membariskan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Thailand, Lubnan, Jordan dan Kyrgyzstan.


Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan mara ke suku akhir pada kejohanan dwitahunan yang memasuki edisi ke-15 itu.

Untuk rekod, skuad negara gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam 11 penyertaan sebelum ini pada kejohanan tersebut. -BERNAMA

Kategori