Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anggota Rela Tidak Layak...

PUTRAJAYA - Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) tidak sama kategori dengan anggota Sukarelawan...

4 LRA Sungai Selangor...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah...

Wajah Melecur, Badan Ditumbuhi...

IBARAT jatuh ditimpa tangga, demikian yang berlaku kepada seorang wanita berusia 35 tahun apabila...

Mahkamah: Muhammad Shafee Kembali...

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali mewakili bekas...

Lapangan Terbang Changi Kendali 60 Juta Penumpang

SINGAPURA – Changi Airport Group (CAG) hari ini melakar satu lagi detik bermakna dalam sejarah penubuhannya apabila mencatat pengendalian 60 juta penumpang pada 2017 iaitu yang pertama tempoh setahun penuh.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Seow Hiang menyifatkan pencapaian itu sebagai membanggakan bagi semua warga kerja lapangan terbang itu yang dibuka pada 1981.

“Ini hasil kegigihan dan dedikasi untuk mengembangkan Changi kepada apa yang telah dicapainya pada masa sekarang.

“Kami mencatat 50 juta penumpang pada 2012 dan dapat meningkatkan aliran kendalian tahunan sebanyak 20 peratus atau 10 juta dalam tempoh lima tahun berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, CAG berkata sektor penerbangan akan terus menjadi penyumbang utama ekonomi Singapura berikutan kehadiran lebih 60 juta penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Changi setiap tahun.


Selain menyediakan lebih 160,000 peluang pekerjaan, pintu masuk utama ke Singapura itu turut menyumbang 6.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar republik berkenaan.

Setakat 1 Disember lepas, lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu yang disenaraikan sebagai keenam paling sibuk di dunia bagi aliran penumpang antarabangsa pada 2016. – BERNAMA

Kategori