Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Buru Haiwan Guna Jerat...

IPOH - Penggunaan jerat ke atas haiwan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan...

Syukur Tabung Haji Umum...

PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit,...

Muat Naik Gambar Separuh...

CHEF Selebriti No.1 Negara, Chef Wan telah memuatnaik sekeping gambarnya sewaktu berusia 24...

Kedudukan Anwar Tak Dibincang...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan...

Laporan RCI Akan Jadi Dokumen Awam

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an akan dijadikan dokumen awam.

Dalam satu kenyataan, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata laporan suruhanjaya yang diedarkan hari ini adalah untuk makluman semua Ahli Parlimen.

Kata Azalina lagi, tuduhan pembangkang kononnya suruhanjaya siasatan berkenaan diwujudkan sebagai satu ‘taktik politik’ adalah tidak berasas sama sekali.

Hal ini kerana, penubuhan suruhanjaya siasatan berkenaan dilakukan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat tadbir urus niaga tukaran matawang asing yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.


Tambah Azalina lagi, penubuhan suruhanjaya siasatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Seksyen 2 (1) (d) dan Seksyen 3 (1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 pada 15 Julai 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori