Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Samsung Lancar Galaxy S8...

PETALING JAYA - Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd hari ini melancarkan telefon pintar...

UUM Serah Polis Isu...

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat...

Polis Buru Wanita Larikan...

KUALA PILAH : Polis memburu seorang wanita yang dipercayai melarikan seutas gelang tangan...

Mana Ada Nelayan Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kesal dengan perbuatan pembangkang menyebarkan fitnah...

Lee Chong Wei, Axelsen Berentap Di Final

KUALA LUMPUR – Hanya selangkah lagi buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merealisasikan misi memburu gelaran kelima saingan Siri Super Akhir apabila dia berjaya mara ke final, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pemain nombor dua dunia berkenaan menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-17, 21-11 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Lebih manis, kemenangan itu berjaya melunaskan dendamnya ke atas Wan Ho selepas tewas kepada pemain berkenaan ketika aksi peringkat Kumpulan A, semalam.

Kedua-dua pemain yang layak ke separuh akhir sebagai juara dan naib juara Kumpulan A diundi bertemu sekali lagi dalam saingan kelompok empat terbaik itu.

Chong Wei akan membuat perhitungan dengan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada aksi final esok.


Axelsen mengesahkan tempat ke final selepas mengetepikan cabaran pemain China, Shi Yugi 21-12, 21-8 – kemenangan yang turut melunaskan dendamnya selepas tewas kepada pemain sama dalam aksi peringkat Kumpulan B.

Chong Wei sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008 di Kota Kinabalu, 2009 (Johor Bahru), 2010 (Taiwan) dan 2013 (Kuala Lumpur). – BH ONLINE

Kategori