Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sampel 10 Kawasan Sekitar...

KUCHING – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) memaklumkan keputusan pensampelan yang diambil dari...

5 Anggota Polis Thai...

NARATHIWAT - Lima anggota polis sempadan Thailand cedera dalam serangan bom di Kampung...

443,794 Calon Ambil UPSR...

PUTRAJAYA - Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 bermula...

Zahid Mahu Lebih Ramai...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

Lelaki Bunuh Diri Selepas Isteri Minta Cerai

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri akibat perselisihan faham dan kecewa selepas isterinya meminta cerai, di luar sebuah rumah di Kampung Surau Pendek, dekat sini, pagi tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui jam 7.20 pagi oleh saudaranya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata mangsa menggunakan tali nilon yang digantung pada sebatang kayu dipercayai untuk membunuh diri.

“Dia tinggal di rumah bersama isteri, seorang anak perempuan berusia setahun, ibu mentua dan empat adik ipar.

“Difahamkan mangsa mempunyai masalah keluarga dan berselisih faham dengan isterinya yang minta cerai sebelum lelaki itu ditemui mati,” katanya.

Berita kematian lelaki itu mula menjadi viral sejak pagi tadi menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.


Mengulas lanjut, Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di bahagian leher dipercayai kesan ikatan tali dan tiada kecederaan lain.

“Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Berita Harian

Kategori