Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pakej Percutian Ratusan Ribu...

SANGGUPKAH anda membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk ke destinasi pelancongan mewah yang anda...

18 Hari Dah Mencari...

SEMALAM memasuki hari ke-18 kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, namun ahli keluarganya masih...

Faktor Usia Punca Sam...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam lebih terbuka dan matang untuk...

Peminat Sanggup Bayar RM280...

HEBAT sungguh penangan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot sehingga membuatkan heronya Fattah Amin menjadi overnight...

Lelaki Cedera Disamun, 10 Suspek Ditahan

SUNGAI PETANI – Polis menahan 10 suspek selepas menerima laporan seorang lelaki berusia 24 tahun dicederakan dan disamun sekumpulan lelaki di kawasan tapak kilang di Bukit Selambau pada kira-kira 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata laporan polis itu dibuat oleh bapa mangsa pada kira-kira 1 pagi tadi, selepas membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Menurut bapa mangsa, anaknya pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah, dengan kesan kecederaan pada pipi kanan, tangan kanan dan belakang badan, selepas disamun dan dicederakan beberapa individu tidak dikenali, dengan parang.

“Siasatan kemudiannya mendapati, mangsa yang menaiki motosikal bersendirian dipukul dengan parang dan kayu sewaktu melintasi lokasi kejadian, dompet mangsa dilarikan dan mangsa dibiarkan di situ,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saifi berkata, mangsa yang cedera kemudiannya menaiki motosikal untuk pulang ke rumah bapanya.

“Susulan kejadian tersebut, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda telah menahan 10 suspek lelaki berusia lingkungan 18 hingga 26 tahun di sekitar Bukit Selambau dan Sungai Petani, antara pukul 2 pagi sehingga 8 pagi tadi, bagi membantu siasatan.


“Polis turut merampas enam buah motosikal, sebuah kereta, tiga bilah parang, sehelai jaket berwarna hitam serta dua topi keledar yang disyaki digunakan sewaktu kejadian,” katanya.

Saifi berkata lapan daripada suspek direman selama seminggu bermula hari ini manakala permohonan reman terhadap dua lagi suspek akan dibuat pagi esok. – BERNAMA

Kategori