Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Shen Yi, Yi Yi...

KUALA LUMPUR – Anak panda gergasi, Sheng Yi dan Yi Yi yang ditempatkan...

‘Anwar Akan Jadi Perdana...

NEW YORK - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya. “Itu...

Dua Lagi Gempa Bumi...

KUALA LUMPUR - Dua lagi gempa bumi melanda Tarakan, Indonesia berselang 12 minit...

1,347 Rumah Mampu Milik...

MELAKA - Sebanyak 1,347 rumah dan 51 kedai/pejabat akan dibina dalam dua projek...

Lelaki Hilang Ketika Kenderaan Dihanyut Arus Deras

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang ketika kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pasukan Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira 16 km dari balai berkenaan.

Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta.

Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Muhammad Asyraf Nurajim.


Katanya operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan serta punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Kategori