KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati lemas ketika cuba menyeberang Sungai Narinang di Kota Belud, kira-kira 75km dari sini, pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Balture Goyong dari Kampung Taginambur cuba menyeberang sungai itu kira-kira 4 pagi tadi, namun dihanyutkan arus sungai yang deras.
“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.30 pagi yang melaporkan seorang lelaki hilang di sungai berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa dijumpai orang awam pada 7.20 pagi di tepi sungai itu sejauh 2km dari lokasi terakhir mangsa dihanyutkan,” kata kenyataan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA