Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pembangkang ‘Berpecah’: PAS, Shafie...

MEMALUKAN... Ibarat sarkas dan perangai budak kecil, beberapa ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan...

Negara Perlu 84 Balai...

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan...

Mayat Di Pulau: Sila...

KUALA TERENGANU - Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil...

Hati-Hati Bila Pak Syed...

BERHATI-HATILAH, Ramadan tidak menjanjikan semua manusia terfikir untuk berbuat kebaikan apatah lagi menghormati bulan...

Lelaki Terlibat Pecah Cermin Kereta, Samun Diberkas

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan pecah cermin kereta sebelum melarikan barangan berharga yang ditinggalkan di dalam kenderaan berkenaan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan oleh orang ramai di sebuah stesen minyak berhampiran hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Butterworth Kulim(BKE), di Kubang Semang di sini kira-kira 8.15 pagi semalam.

Katanya lelaki itu ditangkaps selepas dia memecahkan cermin kereta milik seorang wanita sebelum melarikan beg tangan mangsa berusia 23 tahun berkenaan.

“Dalam kejadian itu, suspek itu telah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu dan mengambil beg tangan mangsa yang berada di tempat duduk sebelum cuba melarikan diri. Mangsa yang nampak kejadian tersebut terus menjerit meminta tolong,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata orang ramai yang terdengar jeritan wanita itu bertindak menahan lelaki berkenaan dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditangkap berhampiran semak bersebelahan stesen minyak tersebut.


Beliau berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah selain positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori