PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganjurkan program Hari Sihat Hasil bermula hari ini hingga Khamis (7 Dis) di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya sebagai menyahut seruan kerajaan membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan.
LHDN dalam kenyataannya berkata, penganjuran program Hari Sihat Hasil adalah untuk menarik minat warga kerja LHDN terhadap kepentingan pembudayaan amalan kesihatan yang baik seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja dan pembangunan negara.
“Antara pengisian program Hari Sihat Hasil ialah pemeriksaan kesihatan, senam robik, derma darah, pameran jualan produk kesihatan serta siri taklimat kesihatan,” tambah kenyataan itu.
Program Hari Sihat Hasil dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah. – BERNAMA