Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Basikal: Sebutan Semula Kes...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret Trafik di sini hari ini menetapkan 15 Jun...

“Kenapa Guan Eng Tak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Ahli Parlimen...

Berang, Tendang Kanak-Kanak Lelaki...

SATU video menunjukan seorang lelaki bertindak menendang seorang kanak-kanak lelaki di bahagian tulang...

Iran Lancar Ujian Senjata

TEHRAN - Tentera laut Iran berjaya melaksanakan ujian peluru berpandu dan menembak sasaran...

Lima Ditahan Termasuk Pelajar, 25 Saman Dikeluarkan

TAIPING – Seorang pelajar berumur 15 tahun antara lima penunggang yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan/Rempit di Jalan Kamunting-Taiping di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata selain itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor plat tidak ikut syarat, tiada cermin sisi dan motosikal diubah suai.

Beliau berkata operasi tiga jam yang bermula kira-kira 3 pagi tadi disertai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

“Semasa operasi kita nampak beberapa motosikal ditunggang oleh suspek berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig zag dari lampu isyarat berhampiran pasar raya The Store hingga ke pusingan U berhampiran dengan Masa Katering.


“Suspek telah beberapa kali melakukan pusingan perlumbaan dan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan sebelum dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori