Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Berkat Ramadan, Pelawak Acappan...

KEBERKATAN Ramadan tahun ini menyaksikan pelawak terkenal negara berbangsa India, Acappan selamat memeluk...

SPRM Nafi Keluar Kenyataan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa...

Tweet Foto Lofa &...

NAMA Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Selepas...

TLDM Tahan 9 PATI...

LUMUT : Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk menyusup...

Lombong Pasir: Tahanan Reman Dua Lelaki Disambung

PUTRAJAYA – Tempoh tahanan reman dua lelaki, seorang daripadanya pengarah syarikat, yang didakwa melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor, dilanjutkan tiga hari sehingga Jumaat ini.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh membuat ketetapan itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap dua suspek tersebut.

Mahkamah pada masa sama membenarkan dua individu lain yang disiasat berhubung kes sama iaitu masing-masing seorang pengarah syarikat dan pengurus projek dibebaskan dengan jaminan tunai RM10,000 dan RM15,000.

Mereka sebelum ini direman tujuh hari bermula 30 Nov lalu selepas ditahan kira-kira 12.30 tengah hari sehari sebelum itu di sekitar Kuala Lumpur.


Berikutan penahanan itu, SPRM bertindak membekukan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta.

Menurut SPRM, syarikat perlombongan itu didakwa merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori