Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Helikopter Terhempas: ‘Inilah Takdir’...

ROMPIN - Seminggu selepas terselamat dari nahas helikopter yang meragut enam nyawa, Ahli...

Henti Fitnah Peruntukan RM65...

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa mana-mana...

Video: Aksi Awek Comey...

RAMEN atau mee segera yang berasal dari China boleh dikatakan kini menjadi makanan...

Jangan Guna Peralatan Elektrik...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik serta...

Mahkamah Arah Hukuman Mati 92 Ekor Ayam Jantan

BIASANYA kita selalu dengar kes jenayah berat melibatkan manusia akan berakhir dengan hukuman sama ada penjara, sebat, ataupun ke tali gantung.

Namun situasi berbeza di Kemboja apabila 92 ekor ayam yang dirampas pihak berkuasa dalam satu operasi pembanterasan judi telah dijatuhi ‘hukuman mati’ atas arahan mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Kandal, Roeun Nara berkata ayam-ayam jantan itu dirampas selepas dua buah pusat sabung ayam yang beroperasi secara haram diserbu pada 4 Disember lalu.

“Selepas mendapat arahan mahkamah, kesemua ayam terbabit disembelih dan kami beri ayam itu kepada anggota polis untuk dimakan,” katanya dipetik portal Phnompenhpost.

Difahamkan, tindakan penyembelihan tersebut perlu dilakukan bagi mengelak kesalahan berulang pada masa depan dan mempercepatkan proses siasatan.

Namun, tindakan menyembelih ayam terbabit dikecam netizen tempatan kerana haiwan terbabit dianggap menerima hukuman lebih berat berbanding si manusia yang menyabung mereka itu.


“Waran membunuh ayam? Mana pemilik ayam itu?” tulis Hing Soksan menerusi laman Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook menulis: “Pencapaian terbaik mahkamah 2017: Hukuman mati untuk 92 ayam sabung.”  MYNEWSHUB.CC

Kategori