Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Jururawat Rugi RM4,200 Ditipu...

MIRI - Seorang jururawat wanita di sini kerugian RM4,200 ditipu lelaki dari Amerika...

‘Bukannya Teh Cina, Tetapi…’

TAKTIK lelaki menyembunyikan dadah bernilai RM310,000 di ruangan tersembunyi di dalam kereta mewahnya...

Peniaga Terpedaya Cabutan Bertuah...

KUANTAN - Seorang peniaga wanita kerugian RM9,100 selepas terpedaya dengan hadiah cabutan bertuah...

Pemberhentian Kakitangan MAS Mengundang...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP mendakwa pemberhentian beramai-ramai kakitangan Malaysia Airlines (MAS) merupakan...

Makin Popular, Khai Bakal ‘Terbang’ Ke Negara Seberang

KREDIBILITI Khai Bahar sebagai penyanyi terbukti sekali lagi apabila dia dijemput untuk mengadakan persembahan di Indonesia pula.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, berjaya memanah hati peminatnya di republik itu apabila baru-baru ini dia telah dijemput ke set Cekidot Show di sana bersama-sama seorang lagi penyanyi dari negara seberang, iaitu Tiffany Kenanga Mandalawangi.

Selain itu, apa yang lebih membanggakan ialah, penyanyi baharu yang barusia 23 tahun itu bakal keluar dengan single terbaharu yang dicipta oleh komposer Indonesia.

Khai kini masih berada di negara tersebut bagi menghadiri beberapa perbincangan kerana lagunya itu bakal dijadikan sebagai runut bunyi bagi filem Haji Kecil.

“Kunjungan saya ke Indonesia antara lain berbincang mengenai projek lagu runut bunyi filem Haji Kecil.

“Belum dapat dipastikan bila proses rakaman bermula dan lokasi studio. Saya juga belum mendapat maklumat mengenai judul single dan masih menunggu kata putus.

“Mengikut perancangan awal, saya dijangka merakamkan dua lagu. Namun, ketika ini hanya sebuah lagu diputuskan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Menurut portal Balaikita.com, Khai dilaporkan bakal menyanyikan dua buah lagu bagi filem tersebut yang diberi tajuk Do’a dan Harapan serta Do’a Yang Diijaban yang mana telah dicipta oleh Rara Tarmizi.

“Khai merupakan seorang penyanyi yang serba boleh, range vokalnya sangat luas dan My Music telah temukan saya dengan Khai serta karakter vokal Khai sangat sesuai daripada apa yang saya dengar di YouTube,” kata Rara Tarmizi.

Tambah penyanyi berasal dari Perlis itu, dia ke sana untuk menghadiri tawaran serta jemputan menyanyi sahaja dan bukannya untuk berlakon.


“Ditawarkan menyanyi sudah cukup bertuah buat saya. Siapa tahu, ini mungkin permulaan untuk saya lebih dikenali di Indonesia,” ujarnya lagi.

Selain itu, percubaan pertamanya ini bagaikan ‘eksperimen’ untuk dia mengetahui adakah karyanya akan diterima di sana atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama, Khai juga memberitahu bahawa kunjungan kali ini merupakan kunjungannya untuk kali kedua bagi menjayakan rakaman dua program televisyen.

Khai juga bersyukur dan tidak menyangka bahawa dia telah membolot tiga kategori untuk anugerah Top Hot 2017 anjuran radio Hot FM.

Antaranya ialah dia telah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan dua lagi pencalonan lain dalam segmen FB Live Hot 2017.

Alhamdulillah, rezekinya bagaikan mencurah curah selepas single nyanyiannya yang bertajuk Bayang, Dari Jauh Saja dan Luluh mula diterima oleh pendengar.

Diharapkan dengan kejayaan ini akan memberikan lebih semangat kepada Khai dalam mengukir nama tak kira di dalam mahupun di luar negara. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori