Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Dengar Taklimat KSU...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan...

Wanita Menangis Atas Jambatan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis...

Kem Pada Pemilihan Parti...

BUTTERWORTH - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui wujud beberapa kem dalam...

Tak Semua Orang Berhati...

Mengapa dia melakukannya? "Kerana seseorang perlu melakukan langkah pertama". Itulah jawapan yang Allan...

Malaysia Bersedia Kekal Penggiat Utama Teknologi

COLOMBO – Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk terus kekal sebagai penggiat utama teknologi di Asia Tenggara ketika rantau itu melaksanakan transformasi era digital, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, kata Perdana Menteri, Malaysia turut berada di landasan tepat termasuk menerusi pelaksanaan inisiatif seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) dan Pelan Hala Tuju Strategik ‘Internet Of Things’ (IoT) Kebangsaan.

“Saya melancarkan DFTZ di Malaysia pada Mac tahun ini, hanya selepas empat bulan idea itu dilontarkan dan ia adalah yang pertama di luar China.

“DFTZ menggabungkan zon fizikal dan maya dengan tambahan perkhidmatan dalam talian serta digital untuk memudahkan urusan e-dagang selain melonjakkan inovasi berasaskan internet,” katanya.

Najib berkata demikian selepas mengunjungi pejabat Dialog Axiata PLC serta turut melancarkan Dana Inovasi Digital Dialog Axiata (DADIF) di sini, hari ini.

Beliau dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Sri Lanka selama tiga hari bermula 17 sehingga 19 Dis, 2017 bagi meraikan hubungan diplomatik 60 tahun antara kedua-dua negara.

Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri turut menyuarakan rasa optimis mengenai manfaat yang akan diperolehi Malaysia menerusi pelaksanaan model Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) berteraskan acuannya sendiri.

Ini termasuk penekanan kepada penelitian serta mengubah semula cara kerja menerusi penerapan teknologi ke dalam keseluruhan proses daripada perusahaan kepada rantaian bekalan serta pengurusan perhubungan pelanggan.

“Tidak dinafikan lagi kita sedang berdepan gelombang transformasi ekonomi digital. Teknologi sentiasa berubah, bukan sahaja membabitkan kaedah perniagaan yang dijalankan atau produk yang dibeli tetapi juga bagaimana kita berinteraksi, penglibatan dengan masyarakat dan cara menyelesaikan masalah.

“Semua ini akan menyokong berjuta-juta pekerjaan dan merancakkan pembangunan ekonomi,” katanya.

Menurut Najib, IoT juga diunjur menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak US$2.5 bilion (US$1 = RM4.08) menjelang 2020 selain mewujudkan 14,270 pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Saya menggariskan pelbagai program di bawah inisiatif ekonomi digital termasuk ‘Digital Maker Movement,’ memperkenalkan pengekodan komputer dalam sukatan sekolah dan hab-hab digital yang baharu,” katanya.

Selain itu, beliau turut berkongsi rasa bangganya terhadap pencapaian Dialog Axiata yang merupakan sebuah syarikat Malaysia.


“Sebagai Perdana Menteri, sudah pasti saya berbangga dengan pencapaian syarikat berkaitan kerajaan seperti Dialog Axiata, terutamanya apabila mereka menjalin usaha sama di luar perairan Malaysia. Pada hari ini, kita bukan sahaja meraikan pencapaian syarikat itu dari segi komersial, tetapi sumbangannya terhadap ekonomi dan masyarakat Sri Lanka menerusi pelaksanaan teknologi dan komunikasi yang canggih.

“Saya gembira kerana sejak dua dekad lepas, Dialog Axiata muncul antara syarikat terbesar di Sri Lanka dengan pelaburan melebihi US$2.2 bilion, menjadi syarikat keempat terbesar dari segi modal di Bursa Saham Colombo dan paling penting, sebagaimana saya difahamkan, ia juga adalah pelabur langsung asing nombor satu di Sri Lanka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai peneraju pasaran di Sri Lanka, beliau tidak terkejut dengan pencapaian Dialog Axiata yang telah memperkenalkan banyak kemudahan bercirikan yang pertama di negara itu serta rantau ini.

“Ia adalah yang pertama memperkenalkan teknologi Generasi Ketiga (3G) dan Keempat (4G) di Asia Selatan dan terbaharu 5G. Mereka juga menyediakan produk kewangan inklusif seperti EZCash,” katanya.

Mengulas DADIF iaitu dana modal teroka Dialog Axiata bernilai US$15 juta, Najib berkata ini akan digunakan bagi pelaburan syarikat pemula niaga digital Sri Lanka serta membiayai pengembangan aspek perubahan dan perniagaan digital terbaik.

“Pada 2014, saya melancarkan ADIF (Dana Inovasi Digital Axiata). Saya dimaklumkan bahawa dana kali ini adalah yang ketiga seumpamanya dilancarkan Axiata dan sememangnya sesuatu yang baik,” katanya.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam ucapannya sebelum itu berkata Axiata bukan sekadar sebuah syarikat Malaysia tetapi turut membawa nama baik Malaysia di persada antarabangsa.

“Dalam banyak perkara, pelaburan kita di Sri Lanka menjadi bukti terbaik bagaimana usaha ini di satu-satu negara itu dapat memberi manfaat kepada Axiata, Dialog dan seterusnya kepada kedua-dua negara,” katanya.

Selain itu pada satu majlis berasingan kemudiannya, Najib turut menandatangani sebuah plak peringatan di kilang campuran minyak pelincir Hyrax Oils Sdn Bhd di Sri Lanka. – BERNAMA

Kategori