Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Beli Motor ‘Hasil’ Wang...

JAKARTA - Seorang wanita memuat naik hasil usaha suaminya berhenti merokok apabila wang...

Mat Kilau Kutip RM47...

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof bagai hilang kata-kata...

JPN Nafi MyKad Perlu...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran...

Kerajaan Lemah Tak Berpakat,...

PRK KKB | Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada...

Malaysia Perlu Bersuara Isu Baitul Maqdis

KUALA LUMPUR tidak boleh mendiamkan diri dalam menentang matlamat Presiden Donald Trump menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Malahan ia tidak kira sama ada isunya membabitkan Baitul Maqdis Barat atau Bailtul Maqdis Timur yang menempatkan Masjidil Aqsa.

Secara kiraan politik, pasti keseluruhan Baitul Maqdis, kerana ini kemahuan Yahudi sejak sekian lama. Penguasaan terhadap keseluruhan Baitul Maqdis akan menamatkan akar umbi Islam di Tebing Barat yang dijajah Zionis sejak lima dekad lalu.

Minggu lalu Trump menyuarakan hasratnya untuk mengumumkan janjinya yang dilafazkan setelah menjadi Presiden awal Januari tahun ini.

Kuala Lumput masih mendiamkan diri dan umat Islam di negara ini ikut menyepi. Apabila pemimpin tidak membantah, rakyat tidak akan cakna.

Namun, bagi umat Islam yang mengikuti isu ini, sikap mendiamkan diri ini amat mengecewakan.

Malah, ketika ini, suara penentangan terhadap niat Presiden Trump untuk membuat pengisytiharan tersebut, telah muncul lebih awal di peringkat dalaman AS.

Para penganalisis politik dan peneliti dasar luar sudah lebih awal mengkritik, bahawa agenda politik Trump akan mencetuskan kekacauan di Palestin dan seluruh dunia Islam.

Tunjuk perasaan dan keganasan oleh rakyat Palestin atau orang Islam seluruh dunia mungkin meledak dan mencetuskan ketegangan di luar kawalan.

Suara bantahan di AS muncul melalui pandangan akademik dan intelek yang disuarakan banyak pihak termasuk bekas diplomat negara itu sendiri.

12 jam tadi, umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia, berasa sedikit lega berikutan protes pertama sudah disuarakan dari Ankara. Presiden Turki, Reccep Tayib Erdogan mendahului suara protes pemimpin-pemimpin negara Islam.

Apa kena dengan Kuala Lumpur? Mengapa mendiamkan diri? Bukanlah langkah Trump jelas bermakna akan mencabuli Baitul Maqdis?

Dasar Trump terhadap Baitul Maqdis ini, sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana Presiden AS, sejak rejim Israel menduduki Tebing Barat secara haram pada 1968.


Semalam, Rumah Putih mengulangi pendirian: Trump akan tetap mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sekali pun melewatkan pengisytiharan tersebut.

Trump sepatutnya melakukan pada Jumaat lalu bagi memenuhi tuntutan tempoh waktu yang dirancang Washington dan Tel Aviv.

Berbalik pada sikap berdiam diri Kuala Lumpur terhadap isu ini.

Sikap mendiamkan diri akan mendedahkan kerajaan kepada fitnah. Keengganan mengkritik dasar Trump akan menyebabkan rakyat berfikiran: Dasar hubungan KL-AS melangkaui kepentingan Islam.

Fitnah akan tersebar, bahawa Kuala Lumpur atas sebab tertentu kelihatan tidak mempertahankan kepentingan Islam apabila membabitkan pencabulan AS.

Apabila fitnah ini merebak, ia meletakkan kerajaan dalam kemelut fitnah berpanjangan. Banyak perkara akan disebarkan bersama fitnah ini dan kesannya sukar ditangani apabila sudah terlewat.

Hari ini akan masuk tempoh 24 ke 48 jam pertama, Rumah Putih mengulangi pendirian Trump akan tetap mengisytiharkan Baitul Maqdis ibu negara Israel. Umat Islam mulai bimbang kedudukan Masjidil Aqsa, rumah Allah ketiga paling suci yang disebut di dalam Al-Quran.

Jadi, apakah kerajaan akan menjadikan Kuala Lumpur kekal membisu?

Atau hari ini kita akan mendengar protes dan teguran diplomatik tersebut.

Kategori