Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Belfie Stick, Kayu Monopod...

TAK cukup dengan monopod yang digunakan untuk mengambil gambar selfie, kini muncul pula...

JPJ Perlis Keluarkan 72...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman kepada pengguna jalan...

Revisit Pahang 2018 Sasar...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menyasarkan pulangan sebanyak RM6 bilion menerusi penganjuran Program...

Mayat Remaja Dalam Rahang...

TATAU - Mayat pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala...

Malaysia Sasar Mara Ke Final Kejohanan Ragbi Remaja Asia

SEREMBAN – Malaysia menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Remaja Asia Divisyen 1 Bawah 19 tahun (ARC U-19) 2017 di Manila, Filipina dari 13 hingga 16 Dis ini.

Kejohanan itu menyaksikan empat pasukan bakal berentap iaitu Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Filipina.

Pengurus pasukan negara, Azlan Ishak berkata beliau menaruh keyakinan pasukan bimbingan jurulatih Mohamad Nazeer Mohd Nasherah itu mampu melangkah ke pentas akhir berdasarkan prestasi mereka yang semakin meningkat.

“Kita akan berdepan pasukan UAE pada perlawanan pertama dan saya yakin kita mampu mengalahkan mereka. Kita sudah lihat corak permainan UAE dan kita tahu di mana kelebihan dan kelemahan pasukan itu. UAE adalah juara Divisyen 2 kejohanan itu tahun lepas.

“Berdepan Korea Selatan pula, peluang kita agak seimbang. Cuma mungkin pasukan Filipina mempunyai kelebihan kerana beraksi sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, saya berharap pemain kita dapat mempamerkan aksi cemerlang untuk menewaskan lawan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada tahun lepas, beliau berkata Malaysia bersaing dalam Divisyen Premier bersama-sama Taiwan, Hong Kong dan Sri Lanka, namun tersingkir di pusingan awal ​​​​​selepas berada di tangga tercorot.


Beliau berharap pada kejohanan kali ini, pasukan berkenaan mampu melakar kejayaan dan kembali beraksi di Divisyen Premier, tahun depan.

“Ini kerana juara Divisyen Premier akan mewakili Asia pada Kejohanan Ragbi Remaja Dunia,” katanya.
Sementara itu, Azlan berkata skuad berkenaan kini memasuki latihan fasa kedua, dan 27 pemain dipilih menjalani latihan tersebut.

Beliau berkata dua pemain akan digugurkan selepas perlawanan ujian ketiga menentang pasukan Politeknik Merlimau petang ini, dan hanya 25 pemain akan disenaraikan ke kejohanan tersebut. – BERNAMA

Kategori