Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Persempadanan Baharu Tak Beri...

LUMUT - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyangkal dakwaan pembangkang...

6 Jenis Riak Yang...

ZAMAN teknologi di hujung jari sekarang sering menyebabkan segelintir pengguna laman sosial memuat...

3 Lagi Pati Lemas...

Kota Tinggi : Tiga lagi mangsa lemas ditemui, manakala tiga lagi pendatang asing...

Syed Saddiq Persoal Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempoersoalkan...

Malaysia Tak Import Produk Susu Bayi Dicemari Bakteria

KUALA LUMPUR – Produk susu bayi keluaran syarikat LNS Lactalis di Perancis yang dipercayai dicemari bakteria Salmonella tidak pernah dieksport ke negara ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman.

Menurut beliau, salmonella merupakan sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen.

Kata beliau, dalam kes tertentu boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko seperti bayi, orang tua atau seseorang yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

“Kementerian Kesihatan mengambil maklum berita bertajuk “France’s Lactalis orders baby milk recall over salmonella fears” yang disiarkan pada 10 Disember 2017 oleh berita antarabangsa France 24.

“Laporan berita tersebut menyatakan syarikat terlibat iaitu LNS Lactalis Group bersama Pihak Berkuasa Kesihatan Perancis telah mengeluarkan arahan penarikan balik produk susu bayi yang disyaki terlibat dengan pencemaran Salmonella dari pasaran antarabangsa.

“Kementerian Kesihatan telah mendapat pengesahan International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) di bawah World Health Organization (WHO) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bahawa produk susu itu tidak dieksport ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Noraini berkata, maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) turut menunjukkan tiada pengimportan bagi produk berkenaan ke Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, berkuat kuasa 11 Disember 2017, Kementerian Kesihatan mengenakan larangan import terhadap produk terbabit.

“Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • susu

Kategori