Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Simen, Besi, Pasir Naik...

PUTRAJAYA – Indeks harga seunit simen dan besi mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.3...

Perintah Kawalan Pergerakan: Majoriti...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai hari ini dalam usaha...

Ambil Maklum Peringatan Supaya...

KUCHING - Peringatan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang...

Insentif Khas KBSS Juara...

TAWAU - Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) akan memberikan insentif khas kepada Daniel...

Mangsa, AJK Masjid Perlu Buat Laporan Polis

KUALA TERENGGANU – Polis meminta kesemua mangsa dan ahli jawatankuasa masjid tampil membuat laporan berhubung kejadian jenayah di masjid meskipun hanya membabitkan nilai kerugian kecil.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata laporan itu penting bagi membantu polis menjalankan siasatan dan membanteras jenayah di kawasan terlibat.

“Laporan perlu dibuat kerana jika tidak dibendung ia memberi kesan buruk kepada imej masjid di Terengganu. Malah kebanyakan individu yang menjalankan kegiatan tersebut juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya selepas majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Terengganu di Paya Bunga Square, di sini, hari ini.

Hingga kini sebanyak 96 kes kecurian di masjid direkodkan membabitkan 56 kes kehilangan motosikal, 33 kecurian barangan jemaah dan masjid serta tujuh kes kecurian kereta.

Berdasarkan laporan itu, sebanyak 48 tangkapan dibuat membabitkan 47 lelaki dan seorang wanita, manakala 14 daripadanya didapati penagih dadah.

Mengulas mengenai video seorang lelaki memakai telekung solat sebelum bertindak melarikan beg tangan seorang jemaah wanita semasa solat subuh di masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus yang tular baru-baru ini Aidi berkata pihaknya masih berusaha mengesan lelaki itu.


“Memandangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kurang jelas menyebabkan nombor pendaftaran kenderaan suspek gagal dikenal pasti. Bagaimanapun kami meminta semua ahli jawatankuasa masjid seluruh negeri merekodkan nombor pendaftaran kenderaan jenis produa Myvi berwarna putih yang mencurigakan bagi membantu mengesan suspek,” katanya.

Beliau turut meminta ahli jawatankuasa masjid mengosongkan tabung sumbangan orang ramai setiap kali selesai solat bagi memastikan masalah kecurian dapat dibendung. – BERNAMA

Kategori