KUANTAN – Lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Raub masih kekal menempatkan 220 orang pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia 104 orang daripada 28 keluarga.
“Empat lagi PPS beroperasi di Sekolah Kebangsaan Chenua menempatkan 45 orang daripada 10 keluarga, Masjid Jamek Kuala Semantan (31 orang daripada sembilan keluarga), Balai Raya Sega Lama (30 orang daripada lima keluarga) dan Balai Raya Kampung Temau (10 orang daripada tiga keluarga),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, katanya bacaan paras air Sungai Dong menunjukkan pada paras waspada 117.12 meter dengan trend menurun. – BERNAMA