Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mnangagwa Sah Presiden Zimbabwe

HARARE - Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, yang juga bekas sekutu Robet Mugabe diisytiharkan...

Muhyiddin Diingatkan Jangan Jadi...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak...

Wanita Simpanan Ditendang Ala...

BANGKOK - Seorang wanita yang berang apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dirakam...

Kren Tumbang Lagi Di...

LIMA buah kenderaan diletakkan di kawasan parkir depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Mangsa Banjir Di Terengganu Catat Penurunan

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan penurunan sedikit jumlah mangsa iaitu 805 orang daripada 188 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 878 orang daripada 202 keluarga malam semalam.

Mengikut laporan portal Info Banjir, pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi kekal tujuh di empat daerah ketika ini.

Kuala Nerus masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 701 orang (162 keluarga) dengan mangsa paling ramai ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak iaitu 658 orang diikuti SK Tok Jiring (22) dan SK Bukit Nenas (21).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata penurunan jumlah mangsa banjir dijangka terus berlaku berikutan cuaca baik dijangka sepanjang hari.

“Di Marang pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 39 orang (11 keluarga) yang ditempatkan di dua PPS iaitu SK Bukit Gasing dan SK Pasir Putih manakala Dungun tidak berubah iaitu 33 orang (lapan keluarga) yang berada di Dewan Sivik Paka,” katanya.


Beliau berkata daerah Setiu, jumlah mangsa kekal 32 orang (tujuh keluarga) yang ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh.

Beliau berkata pihaknya menjangka sebahagian besar mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing menjelang tengah hari dan petang ini. – BERNAMA

Kategori