Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Lindungi Ahli Politik...

LUMUT - Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk...

Intan Sarafina Belum Mengaku...

PENYANYI, Intan Sarafina akur, kemunculan semula menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim...

Ahli Parlimen Isi Borang...

KUALA LUMPUR - Ahli parlimen yang mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin...

Penemuan ‘Lebai Monyet’ Cemari...

PERSIDANGAN Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang diadakan di Alor Setar, Kedah digemparkan dengan...

Mangsa Banjir Meningkat Kepada 409 Orang

KOTA BELUD – Jumlah mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 409 orang merangkumi 157 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 120 daripada 79 keluarga petang tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata daripada jumlah itu, 289 orang merangkumi 78 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pekan manakala 120 orang daripada 79 keluarga berlindung di Dewan Masyarakat Tun Said.

Menurut jurucakap itu dua lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 2 dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said dibuka hari ini sebagai persediaan menerima mangsa banjir.

Setakat ini, jumlah kampung yang terjejas banjir di Kota Belud kekal 26 buah manakala jalan raya yang tidak dapat dilalui pula sembilan.

Sementara itu, di Daerah Kecil Membakut, seramai 20 mangsa banjir daripada enam keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Dewan Mini Puspanita yang dibuka 4.30 petang tadi.

Setakat 8 malam ini, tujuh buah kampung di Daerah Kecil Membakut terjejas banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memohon penduduk Kota Belud agar berjaga-jaga dan patuh pada arahan pihak berkuasa dalam menghadapi situasi banjir di daerah berkenaan.


Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud turut berharap proses pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan berjalan lancar.

“Saya telah menghubungi pegawai daerah (Kota Belud) lewat malam tadi untuk meminta seluruh jabatan-jabatan di Kota Belud digerakkan segera untuk menangani banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pegawai Pejabat Parlimen Kota Belud juga sudah diarahkan sejak semalam supaya berada di pusat pemindahan bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Pegawai saya juga telah berbincang dengan pegawai daerah untuk menghulurkan bantuan bagi menyediakan keperluan di pusat pemindahan dan melancarkan gerak kerja jawatankuasa bencana,” katanya. – BERNAMA

Kategori