Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12,000 Syarikat Dalam Talian...

ARAU - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjangka sebanyak 12,000 perniagaan dalam talian didaftarkan...

Obama Kutuk Pembunuhan Kejam...

WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengutuk pembunuhan 'kejam' Jo Cox, ketika menyampaikan ucap...

Polis Buka Kertas Siasatan...

IPOH - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan satu...

Tips Cantik Untuk Menyambut...

Merawat kulit dengan baik merupakan salah satu bentuk rasa syukur umat muslim terhadap...

Mangsa Banjir Terakhir Di Kelantan Pulang Ke Rumah

KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya dengan kesemua 32 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing tengah hari tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat Mohd Joharye Shafie berkata PPS di Sekolah Kebangsaan Bunohan di Tumpat, yang menempatkan mangsa terbabit ditutup pada 1 tengah hari.

Kesemua mangsa terjejas adalah dari Kampung Kajang Sebidang, Kampung Jelujok dan Kampung Kubang Sawa, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata sebelum ini mereka tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana fenomena ‘banjir termenung’ iaitu air lambat surut berbanding kawasan lain. – BERNAMA

Kategori