Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Pentagon Perlu Tingkat Kekuatan...

CALIFORNIA - Bimbang dengan kekuatan Russia dan China, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck...

Lagi Kepimpinan UMNO Johor...

Johor Bahru : Pucuk pimpinan UMNO harus bertanggungjawab atas kekalahan dalam Pilihan Raya...

Simpan Pasport: Bapa Anak...

PETALING JAYA - Seorang bapa dua anak didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan...

Manis Masih Terasa, Fattzura Curi Tumpuan Di Seberang

RASA cemburu pula apabila tengok kemesraan pengantin baharu Fazura dan Fattah Amin ni. Maklumlah, orang baru kahwin, mesti masih terasa lagi kehangatan pengantin tu kan.

Baru-baru ini Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin telah berkunjung ke Jakarta, Indonesia bagi majlis Malam Gala tayangan perdana filem lakonan Fazura, Ayat-Ayat Cinta 2.

Alahai… Cantiknya Fazura bersama dengan baju dress rekaan Rizman Ruzaini yang cukup manis digayakan olehnya.

Menurut Fazura, dia berasa sangat selesa apabila suami yang tersayang telah menemaninya menghadiri acara yang penuh bermakna itu.

“Kebetulan Fattah tidak ada penggambaran, jadi bolehlah dia menemani saya ke sini. Kalau dulu, hanya gambar saya yang dirakamkan jurufoto.

“Kali ini mereka mahu ambil gambar kami berdua pula,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bukan sahaja Fazura yang telah melakar nama di negara seberang, tapi sebenarmya Fattah juga telah disunting oleh penerbit dari Indonesia kerana berasa kagum dengan lakonannya.

“Ada juga produser di sini yang bertanya, apakah saya berminat untuk berlakon dalam produksi mereka? Kalau ada rezeki saya di sini, apa salahnya mencuba,” ujar Fattah.

Secara kebetulan dia turut mengenakan baju sama warna dengan isterinya pada majlis tersebut. Sebagai isteri, pastilah Fazura akan menyokong karier suaminya yang tersayang.

“Ini satu lagi peluang kepadanya dan saya harap, mungkin tahun depan giliran dia pula untuk melebarkan sayap dalam industri seni di Indonesia,” tambah Fazura.

Filem Ayat-Ayat Cinta 2 bakal ditayangkan pada Januari akan datang dan turut ditayangkan di pawagan Indonesia bermula 21 Disember ini.


Selain Fazura, ramai lagi bintang yang turut membarisi filem tersebut iaitu Fendi Nuril, Tatjana Saphira, Chelsea Islan, Dewi Sndra, Panji Pragiwaksono, Arie Untung dan ramai lagi.

Tengok sajalah gambar yang mereka kongsikan ini. Bukan main mesra lagi kan. Tak mengapalah, tak salah pun kalau Fazura dan Fattah nak tunjukkan kemesraan.

Lagipun mereka kan dah sah menjadi suami isteri. Jadi rasanya tak ada apa-apa masalah kot kalau lepas ni mereka akn selalu kongsikan gambar dan video bersama-sama.

Apa yang lagi ‘potong kaki’ ialah apabila satu video yang dimuat naik oleh Budiey di akaun Instagramnya yang melihatkan kemesraan Fazura bersama Fattah ketika ingin memesan makan tengah hari.

“Nak pesan makan atau nak cium ni?,” kata Iman Tang di dalam Insta story miliknya sambil mereka bergelak ketawa.

Semoga rumah tangga yang dibina akan sentiasa bahagia dan dilimpahkan dengan keberkatan.

Mana tahu lepasni muncul ‘orang ketiga’ pula ke? ‘Orang ketiga’ tu mesti lah cahaya mata mereka! Rasanya ramai dah tak sabar nak tunggu Fattzura Junior. -MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori