Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas Geng Fikri...

TANGKAK - Polis menumpaskan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Fikri yang...

RON97 Naik 2 Sen,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada...

Malaysia Kutuk Cubaan Israel...

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali mengutuk tindakan Israel mencetuskan provokasi, keganasan dan semua...

Sulaiman Angkat Sumpah Ketua...

MELAKA : Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sebagai Ketua Menteri Melaka...

Maritim Malaysia Lahirkan Komitmen Bebas Rasuah

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar hari ini melahirkan komitmen untuk memastikan agensi berkenaan bebas rasuah dengan seluruh warga kerjanya bersatu dalam memastikan tidak ada ruang dan peluang bagi gejala tersebut.

Jelas beliau, rasuah diisytiharkan sebagai musuh nombor dua bagi Maritim Malaysia selepas gejala dadah.

“Selaku penjawat awam, Maritim Malaysia telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, untuk menjadi yang terbaik semua warga Maritim Malaysia hendaklah sentiasa bermuhasabah, menilai kekurangan dan kelemahan diri dan organisasi bagi penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan demi mengekalkan dan mengembalikan keyakinan masyarakat akan kebolehan dan kepakaran yang dimiliki,” katanya lagi.

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata, Zulkifli melahirkan komitmen bebas rasuah berkenaan ketika berucap pada majlis sambutan Hari Inovasi 2017 Maritim Malaysia di ibu pejabat Maritim Malaysia dengan disaksikan oleh seluruh warga agensi berkenaan melalui video conferencing.


Tambah kenyataan itu, ini merupakan sambutan Hari Inovasi yang pertama bagi Maritim Malaysia dan akan menjadi acara tahunan dalam kalendar agensi berkenaan.

“Sambutan ini juga merupakan penghargaan kepada warga Maritim Malaysia yang berjaya memenangi pertandingan-pertandingan inovasi yang dianjurkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori