Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan, Pantau Pergerakan...

IPOH - Polis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri...

Penunggang Motosikal Terkedu Terima...

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal terkedu apabila 'dihadiahkan' enam saman selepas ditahan dalam...

Anggota Polis Disaran Menjaga...

KUANTAN - Semua anggota dan pegawai polis di negeri ini diingatkan supaya mementingkan...

Pemeriksaan Bersepadu Di ICQS...

ALOR SETAR - Polis merancang untuk mewujudkan satu pemeriksaan secara bersepadu di Kompleks...

Maritim Tahan Bot Nelayan Tempatan Langgar Syarat

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama empat kru warga Myanmar kerana melanggar syarat sah lesen di 6.2 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor semalam.

Kenyataan Daerah Maritim 3 Lumut memaklumkan Kapal Maritim Marlin yang diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Fahimi Omar menahan seorang tekong dan tiga awak-awak yang berusia antara 21 hingga 43 tahun kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika.

“Dua awak-awak warga asing itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah manakala tekong dan seorang lagi awak-awak memiliki E-Kad pekerja asing,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, bot bersama tekong dan awak-awak berkenaan diiring ke Jeti Kampung Acheh, Sitiawan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imgiresen 1959/63.


“Maritim Malaysia akan bertindak tegas terhadap bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan menggaji warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori