Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Maut Minum...

FLORIDA (Amerika Syarikat) - Seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas...

PRK PD: Calon Bebas...

BERJALAN kaki lebih dua jam setiap kali berkempen, calon Bebas Pilihan Raya Kecil...

Sila Hormat! Mourinho Bertikam...

JOSE Mourinho bertikam lidah dengan wartawan semasa sidang media pasca perlawanan susulan kekalahan...

UMNO Sabah Dengan Kuasa...

KOTA KINABALU — UMNO Sabah mohon diberi kuasa autonomi, kata Presiden UMNO Datuk...

Masalah Kesuburan Wanita Ada Penyelesaiannya

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini ramai pasangan yang malu untuk tampil membincangkan isu kesuburan terutama wanita, keadaan itu semakin berubah dengan kemajuan teknologi perubatan.

Beberapa kaedah rawatan moden berjaya memberi harapan baharu serta membantu banyak pasangan mendapatkan zuriat selepas lama mendirikan rumahtangga.

Antaranya rawatan kesuburan dengan suntikan hormon, kaedah IUI melalui semaian benih di dalam rahim dan juga IVF melalui persenyawaan diluar rahim yang memberi harapan baharu kepada mereka.

Walaupun tiada statistik penurunan tahap kesuburan rakyat Malaysia namun banyak kes pasangan yang mendirikan rumah tangga terpaksa mengambil masa lebih dua tahun sebelum menimang cahaya mata.

AMBIL MASA

“Dahulu, biasa kita dengar mereka yang mendirikan rumah tangga disahkan hamil dalam tempoh tiga bulan selepas berkahwin tetapi sekarang kebanyakan pasangan mengambil masa lebih setahun atau dua tahun untuk hamil anak pertama.

“Ini berlaku walaupun siasatan yang dibuat menunjukkan kesemua struktur rahim, badan dan telur adalah normal,” demikian menurut Dr. Azirawaty Mohd. Tadzri, pakar sakit puan di sebuah klinik di Ampang.

Dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini, beliau berkata hampir 70 peratus mereka yang datang ke klinik mendapatkan konsultansi dan rawatan berumur kurang 30 tahun.

Kebanyakan pasangan yang datang juga sudah berkahwin lebih dua atau tiga tahun.

Azirawaty turut menegaskan bahawa persepsi bahawa wanita penyebab kesukaran untuk hamil sudah tidak boleh diguna pakai kerana banyak daripada analisis yang dibuat mendapati masalah tersebut juga berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur.

“Pada sperma kita biasanya akan periksa beberapa perkara iaitu bagaimana sperma itu bergerak, berapa kuat sperma itu bergerak dan berapa juta jumlah sperma yang dikeluarkan.

“Apabila kita membuat pemeriksaan lebih terperinci detail dibawah mikroskop banyak sperma yang tidak subur ditemui seperti berkepala dua dan tiga yang dipanggil sperma cacat,” katanya sambil menambah, faktor gaya hidup antara penyebab peningkatan lelaki tidak subur.

Beliau menambah, amat penting untuk kedua-dua suami dan isteri yang betul-betul mahu mendapatkan zuriat menemui doktor pakar untuk membuat analisis kesuburan.

PERLU KERJASAMA SUAMI ISTERI

Setiap kilang ovari akan mengeluarkan satu telur matang pada setiap bulan. Ia bermula dengan saiz ovum (telur) paling kecil bermula dari hari pertama kitaran haid dan akan beransur menjadi matang sehingga mencecah dua sentimeter yang pada lazimnya berlaku pada 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.

Menurut Azirawaty, apabila proses secara semula jadi gagal berlaku baharu dilakukan kaedah rawatan yang sesuai, biasanya bermula dengan kaedah suntikan hormon.

Sekiranya tidak berjaya akan digunakan pula kaedah IUI melalui semaian benih di dalam rahim dan kaedah terakhir ialah IVF melalui persenyawaan diluar rahim.

“Kaedah terakhir ini juga tidak semua berjaya kerana pada akhirnya kita berserah kepada kuasa tuhan,” tambahnya.

Menurut beliau, selalunya isteri atau wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan dan banyak kes yang datang tanpa pasangan, sukar untuk berjaya hamil.

“Perkara ini memerlukan kerjasama suami isteri. Selalaunya kita boleh nampak jika suami datang sekali bermakna mereka sudah komited untuk mendapatkan anak dan ini yang lebih berhasil,” katanya.

STRES PENYEBAB TIDAK SUBUR?

Boleh dikatakan ramai suami isteri tanpa disedari berada dalam keadaan yang tertekan terutamanya mereka yang tinggal di bandar besar.

Cabaran kehidupan hari ini menyebabkan ada pasangan yang terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan bagi mencukupkan keperluan kewangan.


Menurut Azirawaty, meskipun ramai yang beranggapan kesibukan aktiviti harian satu perkara biasa namun keadaan itu akan menyebabkan anggota tubuh badan keletihan dan “membawa kepada ovari wanita tertidur”.

“Apabila dalam keadaan tertekan, hormon menjadi tidak seimbang yang menyebabkan ramai wanita selepas mendirikan rumahtangga mengalami haid yang tidak teratur.

“Banyak kes yang kami kendalikan melibatkan wanita yang sudah berkahwin mengalami kitaran haid yang tidak teratur berbanding sebelum berkahwin.

“Kemungkinan ia juga disebabkan faktor tekanan . Ini menyebabkan sukar untuk pasangan itu merancang mempunyai anak,” katanya.

PERLU SOKONGAN

Tekanan semakin bertambah apabila bukan sahaja pasangan menaruh harapan tinggi tetapi juga orang di sekeliling mereka sering menyoal bila lagi mereka akan mempunyai cahaya mata.

Ada juga wanita yang mengalami kesukaran mengandung ini turut tertekan setiap kali melihat gambar bayi termasuk yang dipaparkan di media sosial oleh rakan-rakan mereka sendiri.

“Secara tidak sedar tiap kali melihat rakan sendiri sudah mempunyai anak ada rasa tertekan dalam diri kerana mereka juga berharap untuk melalui detik itu,” katanya dengan menambah ramai wanita memendam perasaan kerana tidak ada tempat untuk berkongsi perasaan duka serta kecewa mereka.

Kumpulan sokongan sangat diperlukan sebagaimana yang dilakukan di luar negara khusus untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan.

Ini boleh membantu membina keyakinan diri dan tidak berasa keseorangan menghadapi situasi tersebut.

“Biasanya untuk meluahkan kepada suami sangat sukar, jadi dengan adanya kumpulan sokongan ini mereka boleh bertemu sebulan sekali untuk kongsi tips, semangat dan dorongan dari wanita untuk wanita,” kata Azirawaty.

UBAH GAYA HIDUP

Perkara penting bagi meningkatkan kesuburan adalah dengan mengubah gaya hidup kepada yang lebih positif.

Peningkatan penyakit kronik di kalangan golongan muda seperti tekanan darah tinggi, kencing manis antara penyebab menurunnya kesuburan.

“Apabila keadaan itu berlaku, organ tidak dapat bekerja secara optimum menyebabkan penghasilan telur yang sihat terbatas begitu juga dengan sperma lelaki.

“BMI badan harus normal dengan ukuran perut wanita mesti kurang daripada 90 sentimeter. Apabila perut banyak mengumpul lemak akan menyebabkan hormon estrogen dan progesteron tidak seimbang yang menyukarkan ovulasi ovari sukar berlaku,” katanya.

Beliau turut memberi beberapa panduan, antaranya mengawal berat badan dengan mengutamakan pemakanan yang sihat dan tidak mengambil makanan segera yang mengandungi banyak estrogen tiruan.

Di samping itu, perlu juga mengelakkan diri dari mengambil makanan yang boleh merendahkan antioksidan dalam badan.

“Selalulah juga bersenam untuk mengeluarkan hormon serotonim yang dapat merembeskan perasaan gembira selain membantu saluran darah berkembang untuk pengaliran ke organ terutama ovari,” tambah Azirawaty. – BERNAMA

Kategori