Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gelandangan KL Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Lebih 100 orang gelandangan di sekitar ibu negara menawarkan diri...

Penghantar Surat Dituduh Miliki...

SEGAMAT - Seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

Syarikat Perkapalan Saman Ayob...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat perkapalan yang beralamat di Cook Islands menuntut ganti...

Eksesais Udara Diteruskan Walaupun...

LABUAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terus menjalankan eksesais operasi udara...

Masyarakat Suka Menilai, Caprice Ajar Jihad Caranya

JIKA sebelum ini nama Caprice dikenali sebagai seorang penyanyi rap, namun kini dia sudah bergelar seorang pengusaha aplikasi yang berjaya!

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, memberitahu bahawa dia mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu mengubah cara pandangan masyarakat dengan berjihad mengikut caranya.

“Selama lima tahun ini saya buat kempen jihad dalam pendidikan. Setiap minggu saya dapat jemputan untuk memberi ceramah di kolej dan sekolah.

“Secara jujur, masalah segelintir masyarakat kita suka menilai dengan melihat sesuatu dengan berbeza.

“Jadi, saya cipta aplikasi Classruum.com, Mengaji,com dan terbaru Rajin.com. Alhamdulillah, tanpa promosi aplikasi ini telah mendapat perhatian ramai,” kata Caprice dipetik daripada mStar Online.

Dengan usia yang muda seperti ini, Caprice telah berjaya mencipta beberapa aplikasi yang berjaya mengubah kehidupan harian orang ramai.

Terbaharu, Caprice juga telah melancarkan singlenya bersama dengan kumpulan nasyid UNIC yang berjudul Sedar.

Tambah pemuda berusia 29 tahun itu, dia tidak mahu orang ramai melihatnya sebagai ikon Islam, namun hanya mahu dikenali sebagai manusia biasa yang berjihad membantu anak muda serta umat Islam di seluruh dunia.

“Saya tak nak jadi ikon Islam tapi lebih rela digelar seorang lelaki yang nak berjihad untuk membantu anak muda serta muslim seluruh dunia.

“Setiap tagline aplikasi yang saya cipta adalah semuanya tentang perubahan hidup,” ujarnya lagi.

Walaupun sebelum ini dia seperti menyepi buat seketika di dalam industri muzik, namun dengan kejayaan lagu Sedar itu akan memberi peluang besar kepadanya untuk kembali berkarya.


“Saya terima saja apa-apa peluang yang datang. Tambahan pula, UNIC satu kumpulan nasyid yang terkenal di Malaysia.

“Bagi saya, ia juga satu peluang yang besar untuk saya kembali aktif dalam industri muzik setelah dua tahun tidak keluar apa-apa single,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, penyanyi yang popular dengan lagu Wat Lek Wat Peace itu juga turut berasa agak gementar kerana khuatir dengan penerimaan pendengar masa kini.

“Sudah tentu saya sangat gementar. Salah satu sebab penerimaan orang luar. Boleh ke orang terima saya yang menyanyi lagu rap.

“Genre lagu nasyid dan rap yang saya bawa sangat berbeza dan setiap genre itu juga mempunyai peminatnya sendiri.

“Tapi bila fikir tentang mesej yang nak disampaikan. Lirik lagu sedar itu sangat umum.Saya rasa, peminat-peminat semua akan terima lagu ini,” tambahnya lagi yang mula menceburi bidang seni sejak dibangku sekolah.

Selain muncul dengan single terbaharu bersama dengan kumpulan UNIC, dalam masa terdekat ini juga dia bakal berduet bersama dnegan kumpulan Bunkface pada Januari hadapan.

Sememangnya jihad yang dilakukan oleh Caprice ini merupakan satu pendedahan yang mudah bagi semua lapisan masyarakat.

Aplikasi Mengaji.com juga sedikit sebanyak ada bermacam-macam kemudahan yang dapat digunakan pengguna. Semoga dengan jihad dilakukan ini akan berjaya buka mata lebih ramai orang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori