Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Petrol Naik Harga: Satu...

JAKARTA : Pengumuman Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengenai kenaikan harga minyak petrol kelmarin...

Johor Komited Jayakan Pendidikan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor bertekad untuk membantu kerajaan pusat dan semua...

Keputusan Tidak Letak Calon...

JOHOR BAHRU – Keputusan UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Korea Selatan Buat Dana...

SEOUL - Diplomat Korea Selatan pada Selasa berkata negara itu akan memperuntukkan dananya...

Mayat Nelayan Lemas Ditemukan

MELAKA – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak Khamis lepas lepas di kawasan perairan Kuala Linggi ditemukan hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/Negeri Sembilan Komander Maritim Azman Samsudin berkata mayat tersebut dijumpai di laluan trafik pemisah antara perairan Malaysia dan Indonesia pada pukul 11 pagi ini.

Lokasi penemuan mayat adalah 11.8 batu nautika dari muara Kuala Linggi setelah mendapat maklumat daripada nelayan tempatan yang menghubungi bilik gerakan APMM pagi tadi.

APMM telah menggerakkan sebuah Bot Kilat 19 bagi mengambil mangsa,”katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya mayat mangsa di bawa ke jeti Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi tujuan pengecaman mayat oleh waris keluarga dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata APMM melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga hari lepas bagi mencari seorang nelayan dikenali sebagai Mohamad Borhan, 62, dari Taman Kuala Permai Kuala Linggi Baru, yang dilaporkan hilang.

Azman berkata agensi dan jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan bot nelayan tempatan.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika memancing dan menjaring ikan di kawasan perairan Kuala Linggi di sini selepas bot yang dinaiki ditemukan tanpanya pada Khamis lepas.


Nelayan dari Taman Kuala Permai Kuala Linggi Baru itu keluar ke laut dengan menaiki bot persendirian kira-kira 8.30 pagi Jumaat dan pihak APMM melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa.

Katanya pihak APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim adalah dinasihatkan supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di laut memandangkan cuaca pada masa kini yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan komuniti maritim dan juga orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat mengenai sebarang kemalangan di laut dengan segera di talian 06 – 3876730 Bilik Operasi Daerah Maritim 5 Kuala Linggi.- BERNAMA

Kategori