Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Misi Tawan Everest: Lee...

KUALA LUMPUR - Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang menyertai...

Penjenayah Lari Ketika Serbuan...

PENDANG - Polis sedang mengesan tiga suspek lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri...

Dicerai Selepas Komen Suami...

SEORANG ahli perniagaan di India bertindak nekad menceraikan isterinya sendiri gara-gara wanita tempatan...

Waspada Kempen Mengelirukan Saat...

PUTRAJAYA – Rakyat perlu berwaspada, tidak terpengaruh serta keliru dengan pelbagai penyelewengan psiko-sosial...

MCMC Giat Pantau Berita Palsu Menjelang PRU14

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempergiatkan usaha memantau penyebaran berita palsu berbaur fitnah terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau menggesa orang ramai untuk membuat aduan sekiranya mendapati sesuatu berita yang dibaca berunsur fitnah dan sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jailani menegaskan bahawa orang ramai haruslah mempunyai kawalan kendiri dan bersikap tanggungjawab apabila menggunakan media sosial.

“Kerajaan telah mengeluarkan kos yang tinggi bagi merapatkan jurang digital. Keupayaan untuk akses kepada Internet amat mudah kerana kebanyakan infrastruktur telah disediakan oleh kerajaan.

“Sekarang akses kepada Internet sudah mudah dan murah tetapi telah disalahgunakan oleh sesetengah masyarakat bagi tujuan menularkan fitnah dan isi kandungan yang jelik,” katanya kepada Bernama semasa melawat pusat operasi agensi berita tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Jailani berkata MCMC akan bertindak sebagai pakar teknikal dan membantu kerajaan serta pihak-pihak berkenaan sekiranya mendapat aduan.


Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lebih kurang 20 juta rakyat Malaysia aktif di laman sosial dan mereka tidak seharusnya mempercayai setiap perkara yang dimuat naik di Internet.

Najib turut menyifatkan penyebaran berita palsu sebagai ancaman kepada demokrasi. – BERNAMA

Kategori