Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wajarkah Kanak-Kanak Di Bawah...

Sejujurnya, kami rasakan papan tanda peringatan di atas mungkin agak 'keras' dan boleh...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Laut...

Isu Pulau Pinang Dikembalikan...

ALOR SETAR - Isu perjanjian pajakan Pulau Pinang antara Sultan Kedah dengan British...

Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis...

KUALA LUMPUR - Golongan mahasiswa yang meminati bidang keusahawanan disaran merebut peluang mendapatkan...

Menghadapi Trump Yang Bukan Manusia!

KITA mungkin memberi reaksi agresif terhadap Amerika Syarikat dan Presiden Donald Trump. Malah, mencipta satu trend serangan verbal dan teks yang luar biasa berikutan isu Baitul Maqdis.

Kita menjadi bertambah marah terhadap AS dan Trump berikutan penggunaan kuasa veto bagi membatalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung isu pengiktirafan terhadap status Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Trump untuk pertama kali dalam sejarah kepresidenan AS berani bertindak secara unilateral terhadap keputusan politik antarabangsa yang sensitif tanpa memerlukan sekutu Baratnya. Pada era penggal pertama Trump, AS menjadi kuasa tunggal tanpa perlu bergantung lagi pada istilah kuasa politik Blok Barat.

Trump memusnahkan nilai Blok Barat secara terbuka tanpa mempedulikan Britain, Perancis, dan Jerman. Malah, semua rakan Blok Barat mencemuh keputusan AS, namun AS hanya memperlekehkan pandangan mereka.

AS benar-benar menjadi kuasa tunggal dengan pemikiran individualistik bahawa AS adalah AS dan bukan lagi sebahagian daripada Blok Barat.

Justeru, suara OIC dan EU malah PBB bagi Trump hanyalah suara. Bukan ancaman. Bagi Trump, AS ialah negara mandiri tanpa perlu merujuk sejarah pembentukan Blok Barat sejak era Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.

Jadi persoalannya: Bagaimana negara-negara Islam perlu bertindak ketika AS memulakan langkah perang diplomatik secara terbuka terhadap Islam?

Selepas memboikot kemasukan pelawat enam negara Islam atas ancaman keselamatan, Trump melaksanakan misi yang lebih besar dengan menentang suara 57 negara OIC dalam isu Baitul Maqdis.

Artikel ini tidak bercadang memuatkan fakta dan data. Ia tidak diperlukan. Sikap Trump dan AS membuktikan – dunia sedang merentasi era politik yang luar biasa. Bagaimana seorang lelaki yang diberikan undi presiden mahu melakukan apa sahaja tindakan di atas muka bumi ini tanpa merujuk pada apa juga tamadun diplomatik yang pernah mahu pun sedia ada.


Trump menjadi firaun moden atau Hitler alaf baharu tanpa sebarang rasa cuak terhadap sesiapa pun. AS telah mengubah haluan politiknya dengan menolak sebarang bentuk penilaian diplomatik terhadap imej politiknya.

AS secara dalam negara juga tidak menunjukkan sebarang tentangan terhadap Trump, sekali pun presiden itu sedang menghalakan pendirian politik yang merubah seluruh tamadun politik AS sejak 1774.

Persoalannya: Apakah negara Islam menyedari perkara ini? Bahawa seratus persidangan OIC atau seribu demontrasi jalanan tidak akan mengubah Trump?

Secara karektor, Trump tidak melihat pengisytiharan OIC dan kuasa perarakan sekali pun oleh 1.8 bilion umat Islam sebagai tekanan yang perlu diendahkan.

Kita harus memahami realiti. Trump sudah nekad dan dia seorang yang tidak akan mempedulikan apa pun deklarasi atau demonstrasi.

Jadi, apakah kita sudah mula berfikir tindakan lain bagi menghadapi lelaki AS yang tidak dilahirkan sebagai manusia ini? – MYNEWSHUB.CC

Kategori