Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pokemon Go Dilarang Di...

BATU GAJAH - Permainan maya Pokemon Go dilarang daripada dimain di kawasan Kementerian...

Anak Derhaka Potong Kepala...

SEORANG anak derhaka yang tikam ibunya dan memotong mayatnya dengan gergaji sebelum berselfie...

Tambahan Katil Dipohon Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah memohon tambahan 140 katil baharu dalam Rancangan...

Alcatel OneTouch Flash, Phablet...

Alcatel OneTouch Flash telah diperkenalkan pada bulan September yang lepas di Thailand, dan...

Menteri India Hadiah Lembu Kepada Juara Tinju

NEW DELHI – Seorang menteri di India mengumumkan akan menghadiahkan lembu kepada juara tinju wanita sambil menarik perhatian kepada ‘manfaat’ susu lembu, menurut media tempatan.

Om Prakash Dhankar dikatakan menambah haiwan tersebut dalam senarai ganjaran bagi enam atlit terbaik sukan berkenaan selain hadiah berbentuk wang tunai, pekerjaan dalam agensi pemerintah, tapak tanah dan kereta mewah.

Beliau yang juga secara kebetulan merupakan Presiden Persatuan Tinju Haryana, sebuah wilayah di bahagian utara India mengisytiharkan hadiah unik itu ketika akhir Kejohanan Tinju Remaja Wanita Antarabangsa di Guwahati.

Dhankar dipetik portal berita Indian Express mengatakan: “Tidak seperti susu kerbau, susu lembu mengandungi kurang lemak dan baik untuk kesihatan petinju sendiri… Lembu itu aktif, manakala kerbau selalunya suka tidur.

“Mereka mengatakan di Haryana jika anda ingin tenaga, minum susu kerbau tetapi sekiranya anda mahu kecantikan dan kepintaran, minumlah susu lembu. Petinju India sudah membanggakan negara ini di peringkat antarabangsa.

“Kami ingin mereka capai kejayaan lebih tinggi lagi,” kata Dhankar ditukil laman antarabangsa AlArabiya. Lembu pelbagai baka tempatan itu malahan dikatakan mampu menghasilkan sebanyak lebih 10 liter susu pada setiap hari.


Hadiah haiwan mamalia ternakan berkenaan dihantar terus ke setiap rumah pemenang namun pengumuman secara mengejut itu turut memeranjatkan hadirin sambil menyatakan bentuk hadiah itu terpulang kepada keadaan semasa.

“Bergantung kepada pihak jabatan sukan setempat. Saya kebetulan sebagai menteri pertanian terlintas mahu hadiah lembu, bahkan atlet India menang pingat gangsa Sukan Olimpik di Rio 2016 pun terima haiwan ini,” kata Dhankar.

Beberapa pemenang namun dilaporkan serba salah dengan ganjaran itu kerana ada tinggal di bandar yang tiada ruang untuk memelihara lembu manakala ada gembira dengan hadiah tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori