Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Dapat ‘Habuan’ Buka...

SEORANG pengasuh yang didakwa mencabul kanak-kanak lelaki autistik dipenjara tiga tahun oleh mahkamah...

Agong Zahir Ucapan Takziah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

2 Mayat Bayi Dalam...

SHAH ALAM - Polis menyatakan terdapat dua mayat bayi di dalam plastik berwarna...

Raja Selfie Malaysia Ini...

Anda suka selfie dan yakin kegilaan mengambil gambar 'diri sendiri' anda dah cukup...

Model Mati Kerana Karaoke Lagu Bernada Tinggi?

SEORANG model sambilan dari Singapura dilaporkan koma sebelum meninggal dunia selepas meluangkan masa berkaraoke bersama rakan-rakannya.

Model berkenaan yang dikenali sebagai Karen Stella Wong dilaporkan sedang berhibur di sebuah pusat karaoke yang terletak di Neil Road, Singapura, 12 Disember lalu sebelum tiba-tiba pengsan.

Menurut laporan World Of Buzz, Karen yang sedang menyanyikan sebuah lagu yang bernada tinggi tiba-tiba menyatakan mula tidak selesa dan mengalami sakit kepala yang teruk.

Bimbang dengan kejadian itu, kawan-kawannya segera membawa model 28 tahun itu ke hospital. Namun, Karen disahkan koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia.

Menurut ayahnya, Laurence Wong, Karen disahkan mengalami ‘acute intracerebral haemorrhage’ iaitu pendarahan dalam tempurung kepala.

Tambah Wong, anak gadisnya itu meninggal dunia kerana penyakit berkenaan dan bukannya kerana menyanyi lagu bernada tinggi seperti diperkatakan netizen di sana.

“Keluarga saya tidak mempunyai sejarah penyakit ‘intracerebral haemorrhage’. Kadang-kala dia sakit kepala seperti orang biasa.


“Doktor juga menyatakan sakit kepala antara simptom penyakit berkenaan, tetapi mana ada doktor yang meminta orang normal yang sakit kepala untuk membuat imbasan X-Ray,” katanya dipetik The Straits Times.

Difahamkan, ibunya sangat rapat dengan mendiang Karen kerana model itu merupakan satu-satunya anak perempuan mereka.

Lebih memilukan lagi apabila Karen meninggalkan mereka beberapa hari sebelum perayaan Krismas yang disambutnya.

“Jika saya dapat mendengar suara anak perempuan saya dan melihat senyumannya, itu akan menjadi harapa terbesar saya untuk Krismas kali ini,” tulisnya di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan…

Kategori