Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Valencia Terbuka Sertai Seteru...

ANTONIO Valencia tetap mahu kekal beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris meskipun jika...

Maut Kepala Terhempap ‘Transformer’...

KOTA BHARU - Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggara eletrik di sini, maut selepas...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban...

Jamilah Popular, Mampu Menang...

KUCHING - Puan Sri Jamilah Anu merupakan calon popular dan mampu menang besar...

Mohammed Khusrin Dilantik Pengerusi MAIS Baharu

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melantik Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan ini.

Pelantikan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu adalah bagi menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan selepas mempengerusikan MAIS sejak 2005.

Pelantikan itu disempurnakan dalam satu istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah hari bersama 423 imam masjid-masjid seluruh Selangor di Istana Alam Shah di sini.

Sultan Sharafuddin juga berkenan melantik Mohamad Adzib sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor berkuat kuasa 1 Jan 2018 hingga 30 Nov 2019.

Pada istiadat sama, baginda turut berkenan melantik dan menerima sembah menghadap tiga anggota MAIS yang baharu bagi sesi 2018-2020 iaitu pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali serta pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian.


Pelantikan mereka berkuat kuasa 1Jan 2018 hingga 31 Dis 2020. Pelantikan baharu ini menjadikan anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 berjumlah 20 orang.

Pada majlis sama, Sultan Selangor turut berkenan menerima dana RM5 juta yang diwakafkan kerajaan negeri Selangor untuk pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam serta tanah wakaf seluas empat hektar bernilai RM74 juta daripada kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAIS

Kategori