Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki OKU Ditemukan Mati...

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan di ladang...

Pelajar Dibuli Senior Hingga...

SEORANG pelajar lelaki cedera selepas menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior di sebuah...

Pasukan Bola Sepak Negara...

BANGKOK - Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas...

11 Daerah Di 5...

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 daerah di negeri Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor...

Moratorium Bauksit Dilanjut Enam Bulan

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri membuat keputusan perlaksanaan moratorium terhadap perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang dilanjutkan selama enam bulan lagi iaitu sehingga 30 Jun 2018.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan media berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan pandangan kerajaan Pahang dan kementerian itu.

“Sementara itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan input daripada agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkemaskan proses pemindahan bauksit bagi tujuan eksport.

“Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pemindahan bauskit tanpa kelulusan akan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak penguat kuasa” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM pada 21 Disember 2017 mengumumkan penarikan balik penyitaan stockpile bauksit yang dianggarkan lebih 10 juta tan di Pahang.

Keputusan itu dibuat setelah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Geosains dan Mineral serta kerajaan Pahang memperkenalkan peraturan baharu bagi mengekang isu perlombongan bauksit  tidak sah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kerugian kepada kerajaan negeri.

Antara penambahbaikan yang bakal dilaksanakan termasuk semakan lebih terperinci bagi setiap permohonan AP bauksit termasuk kedudukan dan jumlah stockpile yang akan dieksport berdasarkan kelulusan kerajaan negeri dan ulasan teknikal oleh Jabatan Mineral dan Geosains.

Selain itu, akan bèrlaku pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016 bagi melancarkan proses pemindahan bauksit bagi tujuan eksport.


“Dengan penambahbaikan ini, proses pemindahan bauksit akan dapat dipantau dengan lebih terkawal bagi mengelakkan isu pencemaran dan kesejahteraan penduduk setempat,” kata kenyataan itu. Tambah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kementerian tersebut akan turut menggariskan prosedur yang komprehensif bagi memastikan aktiviti melibatkan bauksit dilaksanakan secara terkawal.

Jelas kenyataan itu, dengan penarikan balik penyitaan oleh SPRM, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan eksport bauksit dalam tempoh moratorium hanya bagi keadaan yang berikut:
(i) Mengosongkan stockpile bauksit yang berada di Pelabuhan Kuantan, Pahang dan Pelabuhan Kemaman, Terengganu

(ii) Syarikat yang telah membayar royalti kepada Kerajaan Negeri, namun masih belum menjalankan aktiviti pengeksportan

(iii) Mengangkut stockpile bauksit yang berada di tapak cadangan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu di Kota SAS berdasarkan kelulusan oleh kerajaan negeri.

“Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui jawatankuasa yang dianggotai agensi Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia aktiviti tersebut dan memastikan semua pergerakan bauksit dikawal dengan rapi dan teratur,” jelas kenyataan itu. – Mynewshub.cc

Kategori