Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saman Ex-GF Suruh Pulangkan...

SEORANG lelaki dari Rusia telah menyaman bekas teman wanitanya agar memulangkan semula wang...

Pengumuman SPR Tidak Luntur...

KUANTAN - Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa Naib Presiden MIC Datuk C....

Mahathir Layak Digelar Bapa...

LAYAK... Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi...

Noor Rashid Yakin Telah...

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yakin...

MTD Sasar 20% Pengambilan Pelajar Bukan Melayu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menyasarkan pengambilan 20 peratus pelajar bukan Melayu di Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk merapatkan jurang antara kaum di maktab itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata MTD akan bertindak proaktif pada tahun depan dengan menggerakkan beberapa siri promosi bagi mencapai sasaran berkenaan selain mendapatkan calon yang berkualiti untuk menimba ilmu di maktab itu.

“Tidak ada kuota yang ditetapkan untuk pengambilan anggota tentera termasuk pelajar di maktab ini… bagaimanapun kita ada program-program turun padang berjumpa pihak tertentu supaya pengambilan terdiri daripada pelbagai kaum dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah MTD Tahun 2017 di Maktab Tentera Diraja, di Sungai Besi di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Johari dalam kenyataannya berkata bagi pengambilan pelajar lelaki (putera) tingkatan empat MTD untuk 2018, sebanyak 2,138 permohonan secara dalam talian telah diterima merangkumi 91.2 peratus calon Melayu dan hanya 8.8 peratus calon kaum lain.

Daripada jumlah itu, 356 calon lulus temu duga awal bagi mengisi 200 kekosongan iaitu 86.8 calon Melayu dan 13.2 calon kaum lain, katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau mengingatkan putera MTD supaya menitikberatkan perpaduan antara kaum dan mengetepikan sentimen perkauman dalam memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

“Saya berharap MTD dapat meningkatkan prestasi dalam kalangan institusi pendidikan di negara ini pada masa depan,” katanya.


Seramai 231 putera tingkatan lima yang menamatkan pengajian selama dua tahun di maktab berkenaan terbabit dalam upacara perbarisan itu.

Perbarisan itu juga menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah institusi berkenaan kesemua putera yang terlibat memakai pakaian istiadat perbarisan atau ‘parade jacket’.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Laksamana Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. – BERNAMA

Kategori