Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

ADUN Diminta Jelaskan Dakwaan...

KUALA LUMPUR  - ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim diminta menjelaskan dakwaan beliau menerima...

Comelnya Datuk Siti Berbaju...

EH dah kenapa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berbaju pengawas sekolah...

Korea Selatan Lengkapkan Sistem...

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru...

Kebakaran Musnah Persiapan Krismas...

MIRI - Persiapan menyambut Krismas esok bagi 35 penghuni rumah sewa kayu dua...

Myanmar Tolak Resolusi UNHRC Mengenai Rakhine

YANGON – Myanmar membantah deraf resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) berhubung isu Rakhine, namun berikrar untuk menangani cabaran yang dihadapi di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Media rasmi pada Khamis menerbitkan kenyataan Perwakilan Tetap Myanmar ke PBB, U Htin Lynn sebagai maklum balas kepada deraf resolusi yang dikemukakan di sidang khas UNHRC mengenai Myanmar.

Resolusi “Situation of human rights of Rohingya Muslims and other minorities in Myanmar” itu, dibentangkan pada Selasa.

Sidang khas UNHRC tersebut diadakan di Geneva atas permintaan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menurut kenyataan itu, Myanmar membantah resolusi, kerana ia meningkatkan polarisasi, pemisahan dan konfrontasi, dan ia tidak mencerminkan prinsip UNHRC seperti kesaksamaan, objektif dan tidak selektif.

Ia juga dilihat menumpukan kepada satu kumpulan yang mempunyai kepercayaan tertentu.

“Melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia adalah untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan jantina,” jelas kenyataan itu.


Beliau berkata “beberapa elemen dalam deraf resolusi melanggar kedaulatan negara Myanmar. Tuduhan tanpa bukti yang cukup dan konkrit turut terkandung didalamnya.”

“Bantuan antarabangsa sepatutnya menjadi sebagai sebahagian penyelesaian kepada masalah bukan menambahkan lagi kemelut,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, kerajaan Myanmar berusaha untuk menyelesaikan isu Rakhine secara dalaman dan melalui kerjasama dengan Bangladesh.

Pada 23 November, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian berkaitan warga Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh dari Rakhine, bagi membolehkan mereka kembali semula ke negara asal. – BERNAMA

Kategori