Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Bantu Palestin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu usaha negara...

Ucapan Murtad Bukan Kalimah...

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan...

Pihak Terlibat Curi Air...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan mendakwa beberapa...

MCA Pikat Golongan Muda...

KLANG - MCA akan menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu sebagai...

N.Sembilan Buka Kampung Tersusun Luar Bandar

SEREMBAN – Kerajaan negeri akan mewujudkan kampung tersusun di kawasan luar bandar bermula tahun depan, bagi membolehkan belia luar bandar terus menetap di kampung khususnya mereka yang mengusahakan industri asas tani atau bidang pertanian.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi maksud itu, kerajaan negeri akan membuka tanah kerajaan negeri yang terdapat di kawasan luar bandar atau pinggir kampung untuk membolehkan golongan ini membina rumah di atas tanah tersebut.

“Seperti yang saya bentangkan dalam Bajet 2018 yang lepas, dasar ini merupakan Dasar Perluasan Kampung dan juga merupakan satu dasar yang segera (jangka pendek) di bawah perlaksanaan Pelan Haja Tuju Luar Bandar 2016-2045.

“Kami akan buka tanah kerajaan dan dipecah-pecahkan menjadi tanah lot dengan keluasan 464.5152 meter persegi setiap satu lot untuk mereka buat rumah dan pinjamlah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad atau agensi lain bagi membolehkan mereka mempunyai kediaman di kampung mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata dasar itu perlu dilaksanakan segera memandangkan ada kalangan anak tempatan yang duduk di kawasan luar bandar mengusahakan pertanian atau membantu ibu bapa mereka dan sebagainya terpaksa berhijrah kerana tidak mempunyai rumah.

Mohamad berkata dasar itu juga bagi memastikan penduduk luar bandar tidak jauh ketinggalan dan mampu berdaya saing.


“Luar bandar saya mahu cangkukkan sauhnya supaya pembangunan bandar akan dapat menarik sekali luar bandar kerana kalau berlaku jurang yang besar dan jika tidak ditangani dengan cara yang baik maka akan datang masalah besar timbul khususnya jurang dalam ekonomi, sosial dan sebagainya.

“Tetapi dalam maksud ini, ia perlu dilakukan secara berfasa iaitu dalam pelan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang,” katanya. – BERNAMA

Kategori