Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Apakah Malaysia Ada ‘2...

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi...

Maybank Diiktiraf Majikan Paling...

KUALA LUMPUR - Maybank diiktiraf sebagai Majikan Paling Popular bagi Perkhidmatan Perbankan dan...

Teksi ‘Cekik Darah’, Caj...

DIPAKSA bayar tambang teksi sebanyak RM950 bagi jarak kurang 10 kilometer. Itu nasib malang...

Hampir RM21 Juta Dibelanja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan hampir RM21 juta bagi membiayai lawatan rasmi Perdana...

Najib Tiba Di Sri Lanka Untuk Lawatan Rasmi

COLOMBOR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Sri Lanka.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike kira-kira 8.40 pagi waktu tempatan.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut oleh Menteri Luar Negeri Sri Lanka Tilak Marapana, Kuasa Usaha di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka Zainal Izran Zahari serta para pegawai kanan kerajaan.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke negara ini, yang juga bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sri Lanka.

Sejurus tiba, perdana menteri diberi upacara sambutan rasmi sebelum diperkenalkan kepada menteri-menteri Sri Lanka dan kor diplomatik di negara itu oleh Marapana.

Turut mengiringi perdana menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan Tun S. Samy Vellu.

Jadual ketat Najib bermula dengan bertemu Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena sebelum menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat swasta kedua-dua negara.


MoU itu termasuk menjalinkan kerjasama latihan bagi pegawai diplomatik, kajian sains dan teknologi, pelancongan kesihatan serta kerjasama dengan beberapa syarikat swasta termasuk Axiata Group, yang merupakan antara kumpulan telekomunikasi terkemuka di Asia.

Najib juga dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat pemimpin kedua-dua negara bagi meneroka pelbagai bidang kerjasama.

Perdana Menteri turut dijadual bertemu diaspora Malaysia di Sri Lanka dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe sebelum berlepas ke Maldives pada Selasa. – BERNAMA

Kategori