Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Mara Kurangkan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata dakwaan Majlis...

1.3 Peratus Anjing Di...

PUTRAJAYA - Sebanyak 1.3 peratus daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi...

Pendapatan LGE Paling Tinggi...

HEBAT... Lim Guan Eng mendahului 47 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam senarai...

Bubur Lambuk Mampu Bangkit...

MELAKA - Setiap kali bulan Ramadan, bubur lambuk memang tidak dapat dipisahkan oleh...

Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad melantik aktres dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor atau mesra disapa sebagai Neelofa, sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya.

AirAsia dalam satu kenyataan media di sinihari ini berkata pelantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli lembaga pengarahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Neelofa merupakan penambahan yang baik kepada lembaga pengarah memandang pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri.

Beliau berkata Neelofa akan dapat menyuntik pandangan baharu kepada perniagaan AirAsia ketika syarikat itu melangkah ke arah penerbangan digital.

“Neelofa bijak, muda dan berdikari sendiri – ciri-ciri yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus kekal dihadapan ketika kami bergerak ke arah menjadi satu daripada syarikat yang mencatatkan prestasi terbaik, paling diyakini dan dihormati di dunia.

“Reputasi beliau sebagai ahli perniagaaan wanita utama di Malaysia, salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai ‘30 Under 30’ majalah itu.

“Rekod prestasi baik beliau memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah satu inspirasi kepada kami. Saya berharap dapat bekerjaa bersama-sama dengan Neelofa,” kata Fernandes.


Sementara itu Neelofa berkata pelantikan tersebut bukan sahaja satu pencapaian bagi beliau tetapi juga bagi semua wanita.

“Sejak tujuh tahun lepas, saya telah menceburi industri hiburan dan perniagaan yang menyediakan banyak peluang kepada saya untuk berkembang dan melakukan perubahan. Saya teruja untuk menggalas peranan baharu ini, mencabar diri saya sendiri untuk meningkatkan lagi prestasi diri dan pergi lebih jauh lagi.

“Saya juga teruja untuk mewakili Generasi Y dan menyuarakan pandangan kami bagi perniagaan,” katanya.

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia mengumumkan peletakan jawatan Aireen Omar dan Tharumalingam Kanagalingam daripada lembaga bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengarah bebas untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan pematuhan.

Syarikat itu berkata langkah tersebut juga akan membolehkan Aireen dan Tharumalingam menumpukan kepada pelan transformasi dan pertumbuhan AirAsia. – BERNAMA

Kategori