Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peniaga Maut Kereta Dipandu...

BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah treler...

Pusat Penyelidikan PAS Dedah...

KUALA LUMPUR - Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran...

Penangguhan PLKN Dapat Reaksi...

LANGKAH kerajaan menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri...

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Nelayan Asing Ceroboh Kolaborasi Nelayan Tempatan

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam di perairan negara ini adalah disebabkan wujudnya kolaborasi dengan nelayan tempatan.

Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata pihak tidak bertanggungjawab terutama nelayan tempatan yang menggaji pekerja atau nelayan dari Vietnam menyebabkan kegiatan pencerobohan untuk mencuri hasil laut negara, kerap terjadi.

“Maklumat ini kita peroleh daripada pemantauan dan risikan berkaitan pencerobohan nelayan Vietnam di negara ini. Malah ada juga nelayan tempatan yang dikesan menjadi dalang membuat vessel klon selain menggunakan pukat ganding.

“Disebabkan itu, APMM akan terus memantau dengan teliti kegiatan golongan nelayan tempatan yang menggaji pekerja warga Vietnam kerana kita bimbang, mereka boleh terus terlibat dengan insiden pencerobohan nelayan asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan peletakan lunas kapal, kapal peronda luar pantai, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Zulkifli, usaha kerajaan Vietnam mengkaji semula undang-undang untuk menyekat golongan nelayan mereka daripada menceroboh perairan negara lain menyebabkan kegiatan haram itu dilihat kurang berlaku buat masa ini di sekitar kawasan maritim negara.

Katanya langkah kerajaan Vietnam itu adalah susulan perolehan ‘kad kuning’ daripada Kesatuan Eropah (EU) pada Oktober lepas sebagai amaran kerana golongan nelayannya dikesan terlibat dalam kegiatan penangkapan ikan haram di perairan negara lain.

Dalam pada itu, mengulas perkembangan isu sebuah bot nelayan tempatan di perairan negara yang didakwa ditembak secara rambang oleh agensi penguat kuasa Indonesia pada 18 Julai lepas, Zulkifli berkata hasil penyiasatan kedua-dua negara baru-baru ini mendapati peluru berkenaan memang milik pihak berkuasa negara jiran tersebut.

“Semasa siasatan kita dengan Polis Air Republik Indonesia, mereka mengatakan bahawa bot nelayan kita telah ceroboh masuk perairan mereka namun kita tidak dapat kepastian sahih. Cuma ada laporan daripada nelayan kita memberitahu memang bot berkenaan melepasi sempadan.


“Hasil siasatan dan maklumat selanjutnya mendapati memang bot nelayan itu diakui menceroboh ke perairan negara jiran namun tindakan menggunakan senjata api oleh pihak berkuasa tersebut tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Mengesali tindakan tersebut, Zulkifli berkata keputusan untuk menembak semasa menjalankan tugas sepatutnya sekadar memberi amaran kepada sasaran tetapi dalam insiden tersebut, tembakan secara rambang terhadap bot nelayan tempatan bukan langkah sewajarnya.

Pada Julai lepas, media melaporkan dengan memetik dakwaan seorang pemilik bot nelayan di Sekinchan, dekat sini bahawa bot miliknya ditembak secara rambang dalam satu kejadian pada 18 Julai lepas.

Ketika kejadian, nelayan berkenaan yang membawa lima awak-awak warga Myanmar termasuk seorang tekong mendakwa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara.

Nelayan itu mendakwa selain ditembak, bot miliknya dan bot nelayan milik rakannya ditahan kononnya melakukan kesalahan menangkap ikan di perairan negara itu. – BERNAMA

Kategori