Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ikan Paus 9 Meter...

PENDUDUK Pontian digemparkan dengan kehadiran seekor ikan paus seberat 3 tan dan berukuran...

Peniaga Dalam Talian Perlu...

KUALA LUMPUR - Belia yang ingin menceburi bidang perniagaan dalam talian perlu menyiasat...

Wanita Ditikam Jiran 10...

GEORGETOWN - Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang...

Akta Baharu Pekerja Gig...

GUA MUSANG : Akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan dibentang buat kali...

Nelayan Maut Selepas Bot Karam Dipukul Ombak

KUCHING – Seorang nelayan maut selepas bot yang dinaiki bersama-sama cucunya karam dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Po di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Mohd Hassan Abdullah, 59, gagal diselamatkan tetapi cucunya Syed Aiman Syed Ridzuan, 14, berjaya diselamatkan nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata laporan kejadian diterima kira-kira 10.45 pagi sebelum sebuah bot maritim ‘Pengawal 6’ yang dibantu dua bot nelayan lain melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Kira-kira 11.40 pagi, mayat Mohd Hassan ditemui lebih kurang lapan batu nautika dari Muara Tebas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Hainizam berkata mayat mangsa dibawa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) Muara Tebas sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Berikutan kejadian itu, APMM menasihatkan komuniti maritim khususnya nelayan agar mengambil berat terhadap keselamatan diri sebelum keluar ke laut terutamanya pada musim tengkujuh ini.


“Periksa dahulu keadaan angin dan ombak di laut, pakai jaket keselamatan dan bawa pelampung keselamatan di dalam bot jika perlu sebagai langkah berjaga-jaga di musim tengkujuh ini,” katanya.

Beliau berkata sebarang kemalangan atau kejadian kecemasan di laut Sarawak boleh dilaporkan di talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak (082-432544) atau talian kecemasan 999 agar tindakan segera dapat diambil. – BERNAMA

Kategori