Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TH Bersedia Sambut Ketibaan...

KEPALA BATAS – Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi dan bersedia menyambut...

Lima Ditahan, Disyaki Rompak...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak...

JPAM Perkenal ‘Sistem Beg...

BENTONG - Melihat situasi mangsa banjir yang kebiasaannya hanya sehelai sepinggang dan terpaksa...

HSR KL-Singapura Bakal Wujudkan...

KUALA LUMPUR - Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) bakal...

Nelayan Terjatuh Ke Dalam Laut Ditemukan Lemas

SHAH ALAM – Seorang nelayan yang hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaikinya dilanggar sebuah bot malim ketika melalui kawasan Dermaga 8A, Pelabuhan Klang dekat sini malam tadi, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Juyana@Azlan Musa berkata mayat mangsa, Abdul Halim Kadir, 58, yang hilang selama 16 jam itu dijumpai terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat jabatan berkenaan kira-kira 100 meter dari Pusat Hidrografi Nasional atau satu batu nautika dari lokasi kejadian, pada 2 petang tadi.

Beliau berkata dalam insiden pelanggaran kecil pada 9.45 malam itu, mangsa menaiki bot berkenaan bersama-sama anaknya, Mohd Faris Syadid, 32, untuk menangkap ikan namun dilanggar bot malim tersebut pada bahagian ekor menyebabkan kedua-dua lelaki itu serta barangan mereka terjatuh ke dalam laut.

“Keadaan laut yang gelap menyebabkan pengemudi bot malim yang sedang keluar dari dermaga menuju ke arah sebuah kapal di tengah laut itu, tidak perasan kedudukan bot mangsa.


“Pengemudi bot malim itu memberitahu mereka menyedari telah terlanggar sesuatu menyebabkan mereka berpatah balik dan hanya menjumpai bot mangsa dan Mohd Faris Syadid yang terapung lalu menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Juyana berkata Mohd Faris Syadid mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan dan mayat Abdul Halim juga dihantar ke hospital sama. – BERNAMA

Kategori