Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Prank Barack Obama...

Prank dilakukan orang-orang Eropah acap kali mampu mengundang tawa ramai meskipun ada juga...

Rakyat AS Pakat Pindah,...

TORONTO - Mungkin sesetengah rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bergurau semasa mereka mengugut...

‘Di Mana Bella? Dia...

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir...

KPM Perluas Pengambilan Calon...

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon...

Netizen ‘Gaduh’ Dakwa Maya Karin Masak Babi?

MAYA KARIN merupakan satu nama besar yang telah mewarnai dunia hiburan tanah air dengan penglibatannya dalam bidang pengacaraan, lakonan, pementasan dan juga nyanyian.

Bagaimanapun, nama pelakon kacukan Jerman-Melayu ini tercalar apabila salah satu entri di Instagram miliknya menerima cemuhan negatif daripada pihak yang bersikap melulu dan tanpa usul periksa terhadap sesuatu perkara.

Menerusi posting berkenaan, Maya telah berkongsi sebuah foto memaparkan masakan mentah yang akan dimasak untuk tetamu yang dijemput ke kediamannya.

Bagaimanapun, perkara tersebut kemudiannya menimbulkan perbalahan antara pengikutnya kerana ada yang mendakwa pelakon itu memasak makanan yang haram dimakan oleh umat Islam iaitu babi.

Tidak mudah melatah dengan tuduhan itu, Maya dilihat tampil bagi menjelaskan perkara sebenar menerusi salah satu komen yang ditinggalkan dalam entri berkenaan.

Menerusi komen Maya, beliau mengesahkan haiwan digunakan itu adalah angsa dan bukan babi seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.


Meskipun sudah menerangkan perkara sebenar, namun netizen masih lagi tidak berhenti daripada bertelagah sesama sendiri.

Enggan memanjangkan perkara tersebut, Maya dilihat tidak menghiraukan keadaan itu sebaliknya meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

Alahaiii dik, babi dengan angsa pun dah tak tahu beza ke? Sejak bila babi berkepak? Sabar je la hakak tengok korang ni…  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori